Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, March 7, 2008

Syabas & Teruskan!

Syabas saya ucapkan kepada mereka yang telah berkongsi mengenai diri mereka di dalam blog ini. Saya amat tertarik dengan gambar-gambar anda :) Saya akan pastikan saya menyelit beberapa gambar pada kiriman seterusnya.

Terima kasih saya ucapakan kepada mereka yang mengikuti ibu bapa atau waris masing-masing untuk perjumpaan ibu bapa pada tanggal 7 Mac 2008. Tentu sekali saya gembira kerana beberapa orang ibu bapa datang berjumpa dengan saya untuk bertanyakan prestasi anak mereka. Yang penting untuk tahun ini, kesemua anak-anak murid saya menunjukkan prestasi yang baik. Moga ini diteruskan, ya ;)

Hari ini terdapat beberapa patah perkataan yang kita telah pelajari iaitu:

1. mendadak - bermaksud secara tiba-tiba
2. sulung - anak pertama
3. rumahtangga - berkahwin
4. mengharungi - melalui (go through i.e life)
5. meninggal dunia - sesuai untuk manusia
6. dugaan - cabaran (challenge)
7. _ _ n _ o _ _ l - berleter (ada sesiapa yang ingin selesaikan? Saya menunggu...tick tock)

Akhir kata, usah lupa untuk saling ingat mengingati teman-teman yang lain agar mereka menyelesaikan kerja rumah mereka.

Sehingga di saat yang lain...

Ikhlas membantu,

Cikgu 5Z@L

"Biarlah orang mengutuk kita asalkan apa yang kita lakukan itu akan mendatangkan faedah."

No comments: