Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, May 29, 2009

Harap maklum

Salam sejahtera, semua

Diharapkan anda sedang berehat bersempena dengan cuti sekolah.

Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya tidak akan berada di Singapura dari
11 hingga 17 Jun 2009. Sekiranya tidak ada aral melintang, saya akan bercuti pada tempoh itu. Bagi mereka yang ingin menghubungi saya, anda boleh menghantar e-mel di faizal_b_mohamed_yusoff@moe.edu.sg dan saya akan membalasnya sekembali daripada bercuti.

Selamat bercuti dan gunakanlah cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

June Holiday

Yo apa macam kelas gerek?

June holiday da nak kat sampai. sapa2 yg pergi luar negeri, jaga diri baik2 kerana flu H1N1 sudah merebak ke seluruh dunia. Jadi jaga diri baik2.

kawanmu
ILYAS

Saturday, May 23, 2009

Tahniah, tahniah, tahniah!

Salam hormat, semua!

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang berjaya meraih markah yang cemerlang. Gembira hati saya apabila membaca berita baik anda :) Usah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru anda yang telah bersusah payah membimbing anda dalam peperiksaan. Terima kasih juga harus diucapkan kepada ibu bapa anda yang memastikan anda mempunyai pendidikan sehingga ke hari ini :) Saya pasti mereka turut bangga di atas kejayaan anda.

Untuk mereka yang masih belum berjaya meraih markah yang cukup baik, jangan berputus asa kerana seperti yang saya sering pesan kepada anda, KEGAGALAN BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA.

Moga bersua lagi.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, May 20, 2009

Hi!!!!!!!!!!!!

Assalamuailaikum kawan-kawanku yang sudah lama tidak jumpa dan cikgu 5z@l,
Di sini adalah Zafirah dan Rasfika......
Kami berada di dalam CCA Media Productions...
Cikgu Kami memberi peluang untuk bermain komputer.....
Jadi kami meminta maaf kerana kami sudah lama tidak masuk Blog ini....
Kami telah mendapat markah peperiksaan yang cermelang....
Kami berdua mendapat A1 untuk bahasa melayu..
Saya dan Zafirah mahu mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana cikgu telah mangajar kami selama ini...


Dari,
Nurrasfika Bte Abd Rahim(1E)
NurZafirah Bte Abd Razak(1E)
p.s semoga berjumpa lagi.....BYE!!!

YeAh!!!!

Yeah....
saya dapat A1 untuk bahasa melayu....
yeahh....
happy nye.
akhirnya saya dapat A untuk bahasa melayu saya
Maths saya dapat B.
English saya dapat C.
Science saya dapat C.
Bahasa melayu saya dapat A.....

itu sahaja

$h!r!n:)

Sunday, May 17, 2009

Masih Ingat Lagi

Selamat Menonton!

Daripada: Md.Nurhakim

Saturday, May 16, 2009

~~~~~~~~~~~~~


Kuching Tour

Bilik "Khayalan" Saya

Gambar "Kucing" (National Icon Of Kuching,Sarawak)

(:Permandangan Yang Indah Jika Diletakan Muka Saya :)



Saya Dan 2 Adik-Beradik Saya


!Resort Saya!
Salam Semua,
Sudah Lama Saya Tidak Berkomunikasi Bersama Anda.
Sebenarnya Saya Sibuk Dengan Perkara Yang Saya Harus Selesaikan Di Studio.
Maafya. Saya telah memaparkan Beberapa gambar Semasa Saya Bercuti Di Kuching Sarawak. Saya Menaiki Kapal Terbang Silkair kesana.
Cuaca Tidak Begitu Panas dan Sejuk Berbandingkan Negara Kita.
Jam Di sana Pula Satu Jam Lambat Dari Sini.
E.g Sini Pukul 5.00am, Sana 4.00am.
Saya Harap Anda Pun Ceritakan Pengalaman Anda Yang Manis Bersam Keluarga anda Di Blog Yang Sunyi Ini.
Akhir Sekali, Saya Akan Berkongsi Dengan Anda Video Tentang Kita Semasa Kita Berada Di Bangku Sekolah Peringkat 6.(Learning Journey)
Hingga Kita jumpa Lagi Pada Bila-Bila Masa Di Masa Hadapan...
Daripada: Md.Nurhakim Bin Bajuri Ali





Friday, May 15, 2009

ExAM!!

Yeahhh.....
exam sudah habis.....
saya harap saya lulus semua peperiksaan saya..

$h!r!n:)

Wednesday, May 13, 2009

Terima kasih, Ilyas

Sejuk tapi panas. Macam mana tu? Pelik tapi benar


Kamar tidur saya - zzzzz....







Hmm...merah jambu? TIDAK!!!!





M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E - Cayang Mickey!



Brrr...sejuk. Tetapi mesti senym untuk kamera :)


Salam hormat, semua

Diharapkan anda sedang berehat setelah 'demam' peperiksaan menyelubungi diri anda.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ilyas kerana sudi meluangkan masa demi blog ini. Sememangnya blog ini sunyi namun saya pasti anda semua sedang sibuk. Saya bersetuju dengan idea Ilyas iaitu untuk berkongsi pengalaman percutian anda. Anda boleh berkongsi gambar-gambar anda jika tidak keberatan. Oh, ya. Saya juga akan berkongsi dengan anda gambar-gambar yang diambil saya apabila bercuti di Hong Kong pada hujung tahun lepas (2008)

Saya kini sedang mengulangkaji untuk peperiksaan saya yang akan berakhir 18 Mei ini. Agak mencabar buat diri saya kerana harus mengajar dan belajar pada masa yang sama namun saya akan tetap teguh berdiri selagi termampu.

Buat anda di luar sana, saya berharap anda tidak mensia-siakan segala usaha dan pengorbanan ibu bapa anda. Pastikan anda belajar dengan tekun dan saya pasti ada akan meraih kejayaan suatu hari nanti :)

Itu sahaja buat masa ini. Sehingga bertemua dalam masa terdekat ini.

Sekian. Wasalam.




Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Sunyi betul blog kami

Hi Kelas Gerek,

Sunyi betul ya blog kami ini. Saya rasa kalau bukan kerana Cikgu 5Z@L, kita tidak akan ada blog ini. Jadi, janganlah sia-siakan usaha Cikgu 5z@l. Saya harap jika kamu semua pergi bercuti atau kamu ada pengalaman baharu,berkongsilah dengan kita semua pengalaman kamu.

Itu sahaja. Sehingga bertemu lagi.


Syed Ilyas

Sunday, May 3, 2009

SELAMAT MAJU JAYA

SALAM HORMAT SEMUA!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 2 pesanan berikut:

1. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan hari lahir saya. Saya amat terharu dengan ingatan anda itu.

2. Selamat maju jaya kepada anda sekalian yang akan / telah menduduki peperiksaan. Semoga segala penat lelah berbaloi apabila anda mendapat keputusan anda kelak. Insyallah.

Sehingga bersua lagi.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

p/s: Jaga kesihatan ya terutama sekali dengan keadaan kesihatan sedunia yang tidak menentu.