Salam hormat, semua
Diharapkan anda sedang berehat setelah 'demam' peperiksaan menyelubungi diri anda.
Terima kasih saya ucapkan kepada Ilyas kerana sudi meluangkan masa demi blog ini. Sememangnya blog ini sunyi namun saya pasti anda semua sedang sibuk. Saya bersetuju dengan idea Ilyas iaitu untuk berkongsi pengalaman percutian anda. Anda boleh berkongsi gambar-gambar anda jika tidak keberatan. Oh, ya. Saya juga akan berkongsi dengan anda gambar-gambar yang diambil saya apabila bercuti di Hong Kong pada hujung tahun lepas (2008)
Saya kini sedang mengulangkaji untuk peperiksaan saya yang akan berakhir 18 Mei ini. Agak mencabar buat diri saya kerana harus mengajar dan belajar pada masa yang sama namun saya akan tetap teguh berdiri selagi termampu.
Buat anda di luar sana, saya berharap anda tidak mensia-siakan segala usaha dan pengorbanan ibu bapa anda. Pastikan anda belajar dengan tekun dan saya pasti ada akan meraih kejayaan suatu hari nanti :)
Itu sahaja buat masa ini. Sehingga bertemua dalam masa terdekat ini.
Sekian. Wasalam.
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L
No comments:
Post a Comment