Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Sunday, August 31, 2008

Selamat Pagi kelasgerek
Ini ALI.Semasa saya berada di darjah 1,cikgu saya ialah Madam Irwani.Dia selalu gembira apabila saya mendapat markah yang amat tinggi dalam kelas saya.Pada darjah4,saya berada di kelas 4joy.Cikgu saya,Madam rozila,suka marah budak yang degil,darjah5,saya telah mendapat tempat yang 8 dalam kelas saya dan Miss Lim amat gembira dengan kelas saya dan cikgu Faizal telahmengajar saya untuk bahasa melayu dan saya mendapat markah yang amat bagus.

Saturday, August 30, 2008

Cikguku

Assalamualaiku kawan-kawan & cikgu F@!z@l. Maaf kerana saya tidak boleh masuk hari itu. Darjah 1 Cikgu yang saya suka ialah Mrs Tan....tidak silap saya, Ilyas atau Hykel akan tahu namanya. Darjah 2 pula Mrs Lee Pei San. Darjah 3 adalah...umm....... yang darjah ke 4...siapa eh....umm....darjah 5 pula Miss Ivy Lim dan Mr T@/\/, dan yang akhir sekali adalah.......Mrs Ong, Mrs Lee dddaaaannnnn CIKGU F@!Z@L.

Ini kawan anda

@/\/\!R H@/\/\2@H

Cikguku!!!!


Hi kawan-kawan dan cikgu 5Z@l! Sebenarnya, saya nak kongsi cikgu-cikgu saya daripada darjah 1-6.Darjah 1,form teacher.Mrs Doreen Phoon dan cikgu Hadijah dan arwah cikgu Ahmad.Darjah 2,Mrs Doreen Phoon sebentar sahaja.Habis itu,ms Sangeetha dan cikgu Naime.Darjah 3,ms Belinda Quay sebentar sahaja.Habis itu,Ms Bernedate Tham dan Cikgu Siti Raudhah.Darjah 4,Mr Chua Cheow Teck,Ms Eileen Chin dan Cikgu Rita.Darjah 5,Mr Zad,cikgu Zahidah,Cikgu Rugaiyah dan Cikgu HANDSOME,Cikgu 5Z@l! Darjah 6 pula,Mr Zad,Mr Razali dan Cikgu HANDSOME,Cikgu 5Z@l. Itulah Cikgu-Cikgu saya daripada darjah 1-6


Daripada,T@UFIQ

Cikgu KU!!!

Hello kawan saya hendak berkongsi siapa cikgu saya.Darjah 1-6


Darjah1:????? tak ingat

Darjah2:?????

Darjah3:Cikgu Rita

Darjah4:Cikgu Rita

Darjah5:Cikgu Zahidah& Cikgu Rugaya

Darjah6:Cikgu Faizal!!!!!


$h!r!n:)

Tuesday, August 26, 2008

Cikgu-cikgu saya

HI KAWAN-KAWAN.

Saya harap kamu semua sihat. Saya sebenarnya hendak berkongsi dengan kamu semua guru-guru saya. Semua guru di sekolah Rendah Telok Kurau ini sangat baik. Antaranya yang lebih baik ialah cikgu 5ZAL, Cikgu Zahidah dan Cikgu inggeris saya ia itu Miss Ivy Lim. Terutama sekali cikgu 5ZAL.Dia sangat baik orangnya.Walaupun dia tegas, kadangkala dia boleh membuat kami ketawa.Dia adalah cikgu kesayangan saya. Saya akan doakan cikgu agar sihat-sihat selalu dan boleh menjaga KERETA-KERETA F1.Saya tidak akan lupakan cikgu-cikgu saya yang telah saya tulis di atas. Terutama sekali Cikgu 5ZAL. Itu sahaja yang saya hendak berkongsi.

Kawanmu Ilyas

cikgu ku!!!

hello kawan-kawan saya suhaila ,saya harap semuah berada dalam keadaan sihat … ini larh guru-guru saya

Darjah 1-cikgu khadija
Dia seorang yang peramah dan suka memberikan hadia


Darjah2-cikgu khadijah
^
Darjah3-cikgu siti
Cikgu yang garang tapi seronok


Darjah4-cikgu kartini
Cikgu kartini adalah seorang guru yang sukar untuk bercerita


Darjah5-cikgu zahidah & cikgu rugaya
Kedua-duanya cikgu yang penyabar


Darjah6-cikgu 5z@L (:
Cikgu yang paling BEST sekali!!!!

Monday, August 25, 2008

syukur lah!!!!!!!!!!!

Syukur alhamdulilah saya lulus prelim saya.
Saya mengucapkan taniah kepada semua kawan-kawan saya.
Saya akan mendoakan kepada semua

kawanku untuk lulus peperiksaan PSLE dan mendapat
sekolah yang bagus.


Pada waktu oral saya,kaki saya menggigil.
Saya berasa sangat takut.

Tetapi,saya cuba melawan perasaan saya dan beranikan
diri saya.



Saya ada membuat kesilapan dalam oral melayu saya.
Saya tidak sebut perkataan

dengan betul.Itu saja silap saya.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kawanku.
Harap kamu mendapat
markah yang baik.
Dan ada lagi,jangan lupa saya apabila kamu sudah di sekolah

baru kamu.=D

~ROSLAN~




Thursday, August 21, 2008

Untuk Menghilangkan STRESS Anda!

Hello Semua.. :)

Anda semua tengan buat apa? Saya rasa, anda semua sangat stress kan. Dah agak la tu. Saya ada sebuah video yang ada di atas itu. Kita harus belajar bersungguh-sungguh dan jangan main main kerana kita akn menduduki PSLE nanti. Masa pun sudah singkat. Kita cuma ada tinggal beberapa hari sahaja.

Ok. Itu sahaja bye..

Daripada: Hakim

Kertas Bahasa Melayu!!!!!


Kertas bahasa melayu tadi susah juga.Kefahaman LAGI susah.Susah juga tapi senang.TETAPI saya takut yang saya akan GAGAL!!!!Saya doa kepada Allah yang saya mahu lulus!!!
$h!r!n:)

Wednesday, August 20, 2008

SELAMAT MAJU JAYA


SELAMAT MAJU JAYA UNTUK KERTAS BAHASA MELAYU ANDA, KELAS GEREK 2008.

ANDA BOLEH DAN MAMPU LAKUKANNYA. BERFIKIR SECARA POSITIF SENANTIASA!
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L

Tuesday, August 19, 2008

Perasaan Hakim










ORAL




Assalamualaikum Semua,


Cuaca hari Selasa ini sangat sejuk disebabkan hujan lebat di kawasan kejiranan Bedok Reservoir Road. Kini, saya ingin meluaskan perasaan saya apabila saya menduduki 'oral' bahasa melayu ini. Sebenarnya, saya sangat gementar, sampai saya hendak pengsan. Saya sebenarnya 'first-half'. Untuk Oral Prelim Melayu(OPM), mula-mula, saya rasa tidak sabar untuk mengambil Oral itu kerana Cikgu Faizal akan mengambil saya :). Sampai sahaja di meja Oral itu, perasaan saya pun tukar menjadi gementar. Alangkahnya, saya hampir hampir nak menangis. Saya pun tidak tahu. Saya pun hampir-hampir nak duduk tanpa izin cikgu. Tetapi, Alhamdilillah, saya dapat membuat demikian dengan lancar. Selepas saya ialah Rizuwan dan sebelum saya ialah Ilhamnah. Di 'waiting room' pula, saya sungguh lega tetapi takut lagi kerana esok, saya akan menduduki Oral Prelim Bahasa Inggeris(OPBI). Dan, saya pun masih gementar akan saya gagal.



Untuk PSLE, saya HARUS membuat Oral demikian dengan betul kerana inilah masa yang tertentu. Saya rasa takut dan gementar kerana ini adalah Oral Melayu yang tertentu.. Sampai sahaja di meja cikgu, saya hampir-hampir nak pengsan. Tetapi, Alhamdulillah, saya dapat membuat sedemikian dengan baik. Ini semua adalah Takdir ALLAH yang baik. Syukur..


Itu Sahaja, Bye!!

Daripada: Hakim(temanmu)

Sunday, August 17, 2008

PSLE LISAN!!!!!

Bila saya di dalam "Waiting Room"",saya rasa takut kerana ini pertama kali yang saya mengambli PSLE!!!Bila saya di dalam "Waititg Room",saya mengeluarkan tips-tips yang Cikgu Faizal memberi kepada kita.Saya hafal tips-tips itu.TETAPI masih ada orang yang tidak mahu dengar Cikgu Faizal.Bila giliran saya,saya takut.Kaki saya pun tidak boleh balance.Saya hampir jatuh!Saya masuk ke dalam"Exam Room" .Selepas lisan selesai saya masih takut kerana saya takut saya akan gagal !!Itu sahajalah kawan-kawan.BYE!!!!!

$h!r!n:)

Wednesday, August 13, 2008

Semoga Berjaya!


SEMOGA BERJAYA,


KELAS GEREK 2008 untuk


KERTAS LISAN PSLE 2008!
ANDA MAMPU MELAKUKANNYA!
MINDA POSITIF + KEGIGIHAN = KEJAYAAN
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L

Friday, August 8, 2008

Akhirnya...

Akhirnya...

Tamat sudah perayaan Hari Kebangsaan Singapura. Saya baharu sahaja pulang ke rumah. Perayaan hari ini agak berlainan sedikit. Selain mengacarakan acara pada hari ini, saya diminta untuk mendendangkan sebuah lagu Melayu. Saya diberikan lebih kurang 15 jam untuk menghafal rentak lagu dan juga lirik lagunya. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar :)

Kini saya ingin berehat dengan secukupnya memandangkan kaki saya lenguh (penat) dibuatnya. Diharapkan anda akan meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta hujung minggu ini. Bagi mereka yang akan pergi ke Marina Bay, pastikan anda berseronok dengan warga Singapura yang lain :)

Akhir kata, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 43, Singapura :)



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, August 6, 2008

Terima kasih, Hakim


Salam hormat, Kelas Gerek :)

Kapten anda ingin berucap - gurau sahaja!

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hakim kerana meluangkan masa untuk membuat video untuk kelas.

Saya cukup tersentuh (touched) dengan gambar-gambar yang dipaparkan (featured). Apatah lagu dengan lagu yang mengiring gambar-gambar tersebut. Masa berlalu dengan begitu cepat namun yang pasti saya akan tidak melupakan segala memori yang diluangkan bersama Kelas Gerek 2008.

Yang pasti, anda harus membuktikan bahawasanya anda mampu mengecapi kejayaan yang membanggakan untuk semua subjek. Moga segala titik peluh anda menghasilkan kejayaan yang setimpal dengannya.

Sehingga di ruang yang lain. Luangkan hujung minggu anda dengan keluarga tersayang dan gunakanlah masa yang terluang dengan bijak, ya.


Wasalam.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L @ Kapten A380 :)

Untuk kali terakhir pertemuan kita(gambar-gambarnya)

Daripada:Hakim

Tuesday, August 5, 2008

Untuk Menghilangkan Stress Anda!

Hai Kawan,

Apa Khabar? Sudah lama saya tidak tanya khabar.. Di atas ini, terdapat sebuah video.. Ini kerana untuk menghilang stress kamu . Saya sunguh menyesal kerana ada orang gagal dalam Peperiksaan Oral Prelim Ini! Tetapi, ini tidak mengapa tetapi kepada orang yang gagal dan terutama sekali orang yang tidak buka mulut, harap buat betul-betul untuk P.S.L.E nanti..

Itu Sahaja...

Daripada: Hakim.. 6 Love

Friday, August 1, 2008

Karangan tadi

Hi semua! Karangan tadi tidak susah atau senang. Saya harap anda semua tidak gagal karangan ini.

Kawanmu

@/\/\!R H@/\/\2@H