
Salam hormat, Kelas Gerek :)
Kapten anda ingin berucap - gurau sahaja!
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hakim kerana meluangkan masa untuk membuat video untuk kelas.
Saya cukup tersentuh (touched) dengan gambar-gambar yang dipaparkan (featured). Apatah lagu dengan lagu yang mengiring gambar-gambar tersebut. Masa berlalu dengan begitu cepat namun yang pasti saya akan tidak melupakan segala memori yang diluangkan bersama Kelas Gerek 2008.
Yang pasti, anda harus membuktikan bahawasanya anda mampu mengecapi kejayaan yang membanggakan untuk semua subjek. Moga segala titik peluh anda menghasilkan kejayaan yang setimpal dengannya.
Sehingga di ruang yang lain. Luangkan hujung minggu anda dengan keluarga tersayang dan gunakanlah masa yang terluang dengan bijak, ya.
Wasalam.
Ikhlas,
No comments:
Post a Comment