Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, May 30, 2008

Kerja rumah...


Hai semua,


Apa khabar anda di sana? Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pelbagai pengalaman mereka di dalam blog ini.


Semasa berada di kedai makanan Long John Silver di Parkaway Parade, saya terserempak dengan Encik Amirulamin :) Dia begitu asyik dengan makanannya sehinggakan tidak nampak saya sungguhpun saya berada bersebelahannya :) Mujur dia dengar bila saya menegurnya.


Untuk murid-muridku yang lain, diharapkan anda sedang seronok bercuti. Pasa masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji kerja rumah anda terutama sekali karangan anda. Peribahasa juga penting.


Itu sahaja buat masa ini. Saya kini ingin mencari beg yang boleh saya bawa untuk ke Melaka. Saya akan berangkat pada tanggal 2 Jun dan pulang pada 4 Jun. Doakan agar semua murid-murid selamat pergi dan kembali.


Jaga diri anda, O.K? :)



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Pertanyaan

Hai, banyaknya homework ini.......................!!
.
.
Eh, sorry2!
.
.
Hello semua! Apa khabar semua??? Khabar baik ke atau khabar buruk?? Harap2 semua sihat! Kesian si Amir, seorang pula, dah tu, kesunyian! Saya, Hakim(class monitor), mahu memberi email saya iatu: mdnurhakim_abba@hotmail.com . Ini kerana sesiapa mahu tanya sembarang pertanyaan, bolehlah hantar email kepada saya yang telah dicatatkan.
Salah satunya ialah homework bahasa melayu^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Wassalam
Md nurhakim

Datuk abang saya sudah meninggal dunia.(27/5/08)

Datuk abang saya sudah meninggal dunia(27/5/08). Saya berasa sedih kerana dia tiada di dunia lagi ini. Insya allah dia pergi ke Syurga. Amin.

Daripada

@/\/\!R H@/\/\2@H

Thursday, May 29, 2008

Saya ade E-mail baru!!!

Hi kawan2 dan cikgu

Semonga sihat2 selalu. Blog ini hari semakin hari semakin sunyi. Janganlah kasi cikgu tutup blog ini.Saya ada E-mail baru. Jika sesiapa mahu email saya bolehlah email saya di syedilyas96@gmail.com (: ok, smpai di sini sahaja lah, saya mahu tidur sekarang, selamat belajar untuk peperiksaan PSLE.

Wednesday, May 28, 2008

Peristiwa 28 Mei 2008

Hai, semua!

Apa khabar anda di sana? Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Seperti mana yang telah dikatakan oleh Syed Ilyas, blog ini agak sepi terutama sekali sewaktu cuti sekolah ini. Saya mengalu-alukan kiriman anda di blog ini.

Sejak dua malam yang lalu, saya telah pergi ke Hospital Besar Changi kerana bapa saudara saya telah mengalami serangan jantung (heart attack). Beliau dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit sejurus beliau selesai memandu teksi. Tanpa diduga, beliau berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sepanjang dua malam, saya dan ibu melawatnya di hospital. Kami senantiasa memanjatkan doa agar beliau segera sembuh.

Namun, pada jam 2 pagi, 28 Mei, kami dikejutkan dengan berita yang agak sayu, iaitu, bapa saudara saya telah menghembuskan nafasnya pada saat itu. Berita ini agak mengejutkan ahli keluarga kami. Beliau meninggalkan kami semua lebih kurang satu jam setelah saya pulang dari hospital. Sungguhpun begitu, kami redha dengan pemergiannya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Melihat keadaannya di hospital, saya senantiasa mengingatkan diri saya untuk menjaga makan terutama sekali dengan pelbagai makanan yang sedia ada di luar sana. Selain pemakanan, senaman juga penting.

Sebelum saya mengakhiri kiriman saya ini, diharapkan anda senantiasa berada di dalam keadaan sihat wal a'fiat di samping keluarga yang tercinta.

Sekian buat saat ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Tuesday, May 27, 2008

Cerita Upin dan Ipin

Hi kawan -kawan dan cikgu

Sudah agak lama kita tidak bersembang. Tapi tak mengapa kerana kita akan berjumpa pada 19 Jun dan 20 Jun.Saya sekarang mahu berkongsi dengan kamu sebuah cerita. Nama ceritanya ialah "Upin Dan Ipin". Kisahnya ialah apabila dua orang budak lelaki nama Upin(abang) dan Ipin(adik).Jika kamu semua hendak tonton cerita ini, pergilah ke www.youtube.com dan tulis Upin dan Ipin.

Sekian,


Selamat Malam.

$YED !LY@$

Cerita Upin dan Ipin

Saturday, May 24, 2008

Congkak...


Hai semua!

Saya baru sahaja pulang dari menonton filem 'Congkak'. Sudah agak lama saya tidak menonton filem di pawagam (Pa - Panggung, wa - wayang, gam - gambar) :) Saya amat beruntung kerana dapat menonton filem 'Congkak' di E-Hub yang terletak di Pasir Ris.


Secara keseluruhan, saya memberi filem ini 6 / 10. Filem ini banyak menggunakan bunyian untuk mengejutkan penonton. Tidak ramai pelakon yang beraksi untuk filem ini. Hantu yang 'bermain' congkak juga merupakan hantu yang muncul di dalam filem 'Jangan Pandang Belakang'.


Ternyata bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem seram namun pengarahnya (director) telah mencuba dengan baik untuk filem ini.


Sebenarnya, saya dengan teman saya ingin menonton filem 'Narnia' tetapi filem itu hanya akan ditayangkan pada 29 Mei. Nampaknya kami harus menunggu beberapa hari lagi :)


Izinkan saya berundur untuk seketika. Pada masa yang sama, selamat maju jaya saya ingin ucapkan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan untuk Madrasah masing-masing. Berkat usaha tekun anda, anda akan lulus dengan cemerlang. Insyallah.

Sekian.

Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Peperiksaan Sekolah Madrasah

Esok saya ada peperiksaan sekolah madrasah saya dan saya mesti belajar Fiqeh, Tauhid dan Jawi. Saya sudah habis Arab, Sirah dan Ahlak. Ishaallah saya tidak gagal dalam peperiksaan ini. Shirin jangan gagal dalam peperiksaan ini juga. =}

Daripada

@/\/\!R H@/\/\2@H

Thursday, May 22, 2008

Terima kasih, ibu bapa

Khas untuk semua ibu bapa

Saya, Cikgu Faizal, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah hadir untuk perjumpaan ibu bapa pada 22 Mei 2008.

Di sini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa yang terpaksa pulang setelah menunggu sekian lama. Sememangnya, ramai ibu bapa hadir untuk perjumpaan hari ini lantas kesuntukan masa.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya gembira kerana anda telah hadiri sesi perjumpaan hari ini. Usah ragu-ragu untuk menghantar e-mel kepada saya sekiranya anda mempunyai seberang pertanyaan.

Selamat bercuti bersama anak anda.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L
22 Mei 2008

Monday, May 19, 2008

APA saya mahu buat pada bulan jun???

Saya pun tidak tahu apa saya mahu buat pada bulan jun.lagi pun ibu dan bapa saya mahu pergi ke mecca.Saya,nenek saya,abang saya dan kakak saya akan tinggal di rumah.saya pun mahu menemani ibubapa saya pergi ke mecca.Tetapi ada sekolah.Saya rasa saya ,abang saya dan kakak saya akan pergi ke wayang.Sudahlah saya pun dah penat.Goodnight everybody:)



$h!r!N:)

Qabil Khusry Qabil Igam

Hi semua.Kawan-kawan,kawan-kawan sudah menonton filem Qabil Khusry Qabil Igam?Saya sudah menonton cerita yang sedih itu.Saya sampai menangis.Cerita itu ada ramai orang mati!Ceritanya romatic juga.ok bye kawan-kawan saya harus pergi ok dah!!!!



$h!r!n:0

Friday, May 16, 2008

Qabil Khusry Qabil Igam

Hai semua!

Usah lupa untuk menonton filem Qabil Khusry Qabil Igam seperti mana yang telah kita bincangkan di dalam kelas, ya.

Untuk panduan anda berikut adalah maklumat yang boleh anda kongsi bersama di dalam jurnal:


1. Watak pilihan anda dan mengapa.


2. Moral cerita yang anda pelajari dari filem ini.


3. Cuba kongsi berapakan jumlah markah yang ingin anda berikan. (1 - 10)


Untuk mereka yang tidak berkesempatan atas alasan yang tertentu, harap anda catatkan apa yang anda lakukan semasa cuti umum iaitu Hari Vesak.

Sekian sahaja buat masa ini. Jagalah diri serta kesihatan anda pada hujung minggu ini.



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Cuti Bulan Jun

Kereta bomba yang terdapat di muzium di Melaka

Salah satu tarikan pelancong di Melaka


Bandar Melaka

Apa khabar semua? Sudah agak lama setelah saya tidak memasuki blog ini. Terdapat sedikit masalah teknikal pada komputer peribadi saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang telah menyertakan rancangan mereka untuk cuti bulan Jun. Diharapkan anda semua akan selamat pergi dan kembali ke destinasi anda. Usah lupa untuk menjaga kesihatan apabila berada di luar negara.

Saya akan pergi ke Melaka bersama sekumpulan murid-murid darjah 4 pada cuti bulan Jun yang akan datang ini. Saya akan berada di sana selama 3 hari 2 malam. Diharapkan murid-murid yang turutserta akan rasa gembira dan dapat mempelajari pelbagai perkara di sana nanti :)

Kali terakhir saya ke Melaka adalah pada bulan December tahun 2007. Ada sesiapa yang pernah pergi ke Melaka dan mungkin boleh berkongsi dengan kelas pengalaman anda...

Sekian. Sehingga di lain masa...



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Sunday, May 11, 2008

Hari Ibu

Hai semua!

Ramai anak-anak menyambut Hari Ibu semalam. Bagaimanakah sambutan anda? Sebenarnya, perkara yang paling penting adalah anda menghargai segala pemberian ibu anda selama ini. Walaupun anda memberikan ibu anda sekeping kad sekalipun, beliau akan tetap terharu dengan pemberian anda.


Saya pula menyambut Hari Ibu dengan sederhana sahaja. Saya serta adik-beradik yang lain berkumpul bersama dan bersembang bersama ibu kami. Tiada hadiah yang besar tetapi masa yang diluangkan bersama merupakan hadiah yang agak sentimental buat ibu saya ;)


Pada masa yang sama, usah lupa untuk senantiasa membahagiakan ibu anda kerana tanpa beliau, anda tidak akan dapat melihat alam yang serba indah ini :)


Sekian. Sehingga di lain masa :)


Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Friday, May 9, 2008

Apa saya hendak buat pada Jun?

Assalammualaikum. Ini @/\/\!R. Saya akan belajar di rumah kerana saya telah gagal dalam peperiksaan saya. Saya pun akan bermain komputer kalau saya sudah habis belajar. Kalau saya tidak apa-apa, saya akan keluar berbasikal. Inilah apa saya hendak membuat pada bulan Jun.

Daripada

@/\/\!R H@/\/\2@H

Hakim hendak ke mana pada Bulan Jun ini??

Assalamualaikum semua,

Sekarang, saya hendak berkongsi dengan semua apa yang saya akan buat pada Bulan Jun ini. Saya dan keluarga saya akan berangkat ke Sweden untuk bersia-sia di sana. Saya ingin ke sana kerana supaya saya dapat melihat penyanyi kegemaran saya iatu ABBA. Saya hendak minta tanda tangan mereka dan lagunya. (soo romantic).

Tontonilah video ini,
http://www.youtube.com/watch?v=vn-eGZSfmyY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=fh1wQ0kFQuk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=pSfIpUTAU2A&feature=related
Daripada: Hakim(temanmu)
Wassalam

Thursday, May 8, 2008

Hai semua,

Apa Khabar?? Rasanya blog ini sangat sunyi kerana cuma beberapa orang yang aktif yang masuk blog ini. Mereka ialah ~ CIKGU FAIZAL/AMIR/ROSLAN/ALI/AMIRULAMIN/HAKIM/ Syabas kepada SEMUA! Saya harap, rakan-rakan yang lain iaitu RIZUWAN/ZAKI/SHIRIN/IZZUDDIN/RUDY/ ZAFIRAH//SHAQILAH/RAIHAN/ RASFIKA/RYHAN/ SUHAILA/HYKEL/DANIAL// ZUHAIRAH/ turut selalu masuk bolg ini!

Comt: Tolonglah. Janganlah sampai Cikgu Faizal shut down blog ini.

p/s: Saya pun ada blog!! Nak tahu?? Blog saya ini sudah lama saya tidak buka dari tahun 2006!
Email address: nur.kimha@gmail.com
Passwords: tiadaorangyangdilahirkanbodoh(no spacing)

Tontonilah video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=u7rgKFG78AE&feature=related
(Saya pernah mengalami seperti ini. Kapal terbang Boeing 767-300 Air New Zealand)
Daripada:
Hakim

Wednesday, May 7, 2008

Kawan baik !mran ialah

Lelak!:Ryhan,Roslan,Ilyas,ali,amir,
Farhan,Hamzah,khairul Ridzuan ,
Hakim dan Taufiq
Perempuan:suhaila,shaqilah,shirin

Inilah kawan baik Imran
kerana mereka tolong saya bila
saya tidak tahu.TERIMA KASIH!

FROM IMRAN

DANGEROUS Landing!!

http://www.youtube.com/watch?v=M-PURIWyrMM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=rnGgMSCpu2A&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=cclH8ZSDVOM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=T7wmyx__l-s&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=lhUO4pdGCf8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=By5-CzJmjCA&feature=related

Daripada Hakim

Tuesday, May 6, 2008

Saya sudah kembali

Hai semua,

Terima kasih di atas keprihatinan (concerns) anda semasa saya berehat untuk cuti sakit selama dua hari. Keadaan amat teruk pada mulanya tetapi kini saya sedang beransur pulih. Alhamdulilah :) Saya harap anda semua telah melalui hari-hari peperiksaan dengan penuh tabah ya. Saya pasti anda semua telah melakukan yang terbaik.


Diharapkan kita akan bersua dalam masa yang terdekat ini.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L
cikgu sihat? cikgu liyana berkata cikgu tidak datang sampai hari rabu.semasa cuti skolah jun,mr zad berkata kalau kita inprove dalam overall,kita akan pergi ke changi cottage di changi chalet.
dari,T@ufiq
Cikgu faizal sehat?saya rasa cikgu
sehat kan?

Holiday saya selepas exam ialah tidak ke mana-mana
kerana saya dan keluarga saya hendak pergi ke east coast untuk
BBQ dan overnight.saya rasa saya ada banyak masa untuk
bermain dengan keluarga saya kerana di rumah mak
saya selalu marah-marah saya dan adik saya sebab takboleh
diam selalu bermain.saya harap semua murid di dalam
kelas cikgu faizal pergi ke luar negeri.TERIMA KASIH!

From IMRAN

Monday, May 5, 2008

Holiday selepas Exam

Pada JUN holiday ini saya akan pergi ke Indonesia dengan keluarga dan saudara mara saya.Kami semua pergi ke sana kerana ada orang telah menjemputi kami semua.kami akan tinggal di hotel dan makan di luar.Kami telah sewa bas yang amat besar.Kami akan banyak berjalan di sana.Kami semua telah membeli ticket penerbangan.Saya harap kita dapat pergi ke sana dengan sempurna.Saya harap kamu semua akan pergi ke luar negeri pada bulan June.TERIMA KASIH!!!!!!!!!!!!!!!!
Daripada ALI

KERETA KEGEMARAN ALI

Kereta kegemaran saya adalah kereta LAMBORGHINI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya minta maaf kerana tidak ada gambar kereta Lamborghini.Saya suka kereta ini kerana kereta ini laju daripada Kapal Terbang Air Forces.terima kasih

Saturday, May 3, 2008

LaGu KeGeMaRaN $h!r!n

~~Lagu kegemaran $h!r!n~~

Saya suka dengar lagu indonesia.
Lagu indonesia-Dokter cinta,munanjat cinta,lupa kamu
aku bukan boneka,ketahuan dan banyak -banyak lagi.


$h!r!n:)

KERETA KEGEMARAN SAYA


Inilah kereta kegemaran saya!Saya pun tidak tahu kenapa saya suka kereta ini.
$h!r!n:)

Friday, May 2, 2008

KERETA KEGEMARAN Ilyas







Hi kawan-kawan dan Cikgu,

Cikgu sihat?bagaimana dengan mata cikgu?saya harap mata cikgu tidak berdarah lagi dan suara cikcu sudah back to normal.Saya sebenarnya hendak berkongsi dengan kamu semua kereta yang saya suka. Keretanya ialah kereta Lamborghini.Kereta Lamborghini ini sangat laju.Ia lebih laju daripada pesawat pejuang(fighter jet).Keretanya pula ada bermacan-macam warna. Ada warna hijau,kuning dan banyak lagi.Kuncinya pula telah saya pancarkan di atas. Itu saja yang saya hendak berkongsi dengan kamu semua.

ilyas

Gambar kegemaran saya yang amat comel sekali dan cerita tentang saya pada zaman dahulu...

Gambar simpanan saya di botanic Garden.
















Cerita tentang saya pada zaman dahulu


Bissmillah,
Assalamualaikum semua~(22 budak gerek & Cikgu Faizal) ,

Sekarang, saya ingin berkongsi dengan semua tentang saya pada zaman dahulu. Pada peringkat satu (darjah satu), saya sangat gementar untuk masuk sekolah yang besar itu. Cikgu yang mengajar saya ialah Mdm Kasrina. Kelas saya adalah 1 Harmony. Dia sangat garang kerana dia suka memekik dengan lancar, eh bukan tetapi kuat. Kadang-kadang, dia pun pernah pukul orang yang suka membuat perbuatan yang tidak berfaedah.Apatah lagi, saya pun berduduk diam dan beri perhatian kepadanya.

( Dalam peperiksaan darjah satu)
Bapa saya suka marah saya walaupun saya dapat markah yang tertinggi. Entah kenapa pun saya tak tahu?????????? Yang paling teruk sekali ialah bahasa Ingress.

Markah
Ilmu hisab ~ 90/100
Ingress ~ 89/100
Melayu(MT) ~ 96/100
Bapa saya pun membelikan saya mainan yang canggih iatu "Gameboy" yang berharga $999.00. ( I like it) . Saya pun masih simpan "game boy" itu hingga kini( tahun 2008).Emak saya pula menghadiahkan saya beg sekolah iaitu " Thomas and Friends"( Watak yang saya gemarkan!!)( I like it).....^^
Itu sahaja!! """""
Wassalam
Daripada: Hakim ~ Temanmu...