
Ramai anak-anak menyambut Hari Ibu semalam. Bagaimanakah sambutan anda? Sebenarnya, perkara yang paling penting adalah anda menghargai segala pemberian ibu anda selama ini. Walaupun anda memberikan ibu anda sekeping kad sekalipun, beliau akan tetap terharu dengan pemberian anda.
Saya pula menyambut Hari Ibu dengan sederhana sahaja. Saya serta adik-beradik yang lain berkumpul bersama dan bersembang bersama ibu kami. Tiada hadiah yang besar tetapi masa yang diluangkan bersama merupakan hadiah yang agak sentimental buat ibu saya ;)
Pada masa yang sama, usah lupa untuk senantiasa membahagiakan ibu anda kerana tanpa beliau, anda tidak akan dapat melihat alam yang serba indah ini :)
Sekian. Sehingga di lain masa :)
Ikhlas,
No comments:
Post a Comment