Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, May 30, 2008

Kerja rumah...


Hai semua,


Apa khabar anda di sana? Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pelbagai pengalaman mereka di dalam blog ini.


Semasa berada di kedai makanan Long John Silver di Parkaway Parade, saya terserempak dengan Encik Amirulamin :) Dia begitu asyik dengan makanannya sehinggakan tidak nampak saya sungguhpun saya berada bersebelahannya :) Mujur dia dengar bila saya menegurnya.


Untuk murid-muridku yang lain, diharapkan anda sedang seronok bercuti. Pasa masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji kerja rumah anda terutama sekali karangan anda. Peribahasa juga penting.


Itu sahaja buat masa ini. Saya kini ingin mencari beg yang boleh saya bawa untuk ke Melaka. Saya akan berangkat pada tanggal 2 Jun dan pulang pada 4 Jun. Doakan agar semua murid-murid selamat pergi dan kembali.


Jaga diri anda, O.K? :)



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

2 comments:

kelasgerek said...

cikgu,saya akan doakan cikgu agar cikgu selamat pergi dan selamat pulang.

Syed Ilyas

kelasgerek said...

A'kum, Ilyas

Terima kasih di atas doa anda. Harap anda sihat-sihat belaka di samping keluarga yang tercinta.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L