Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Wednesday, May 28, 2008

Peristiwa 28 Mei 2008

Hai, semua!

Apa khabar anda di sana? Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Seperti mana yang telah dikatakan oleh Syed Ilyas, blog ini agak sepi terutama sekali sewaktu cuti sekolah ini. Saya mengalu-alukan kiriman anda di blog ini.

Sejak dua malam yang lalu, saya telah pergi ke Hospital Besar Changi kerana bapa saudara saya telah mengalami serangan jantung (heart attack). Beliau dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit sejurus beliau selesai memandu teksi. Tanpa diduga, beliau berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sepanjang dua malam, saya dan ibu melawatnya di hospital. Kami senantiasa memanjatkan doa agar beliau segera sembuh.

Namun, pada jam 2 pagi, 28 Mei, kami dikejutkan dengan berita yang agak sayu, iaitu, bapa saudara saya telah menghembuskan nafasnya pada saat itu. Berita ini agak mengejutkan ahli keluarga kami. Beliau meninggalkan kami semua lebih kurang satu jam setelah saya pulang dari hospital. Sungguhpun begitu, kami redha dengan pemergiannya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Melihat keadaannya di hospital, saya senantiasa mengingatkan diri saya untuk menjaga makan terutama sekali dengan pelbagai makanan yang sedia ada di luar sana. Selain pemakanan, senaman juga penting.

Sebelum saya mengakhiri kiriman saya ini, diharapkan anda senantiasa berada di dalam keadaan sihat wal a'fiat di samping keluarga yang tercinta.

Sekian buat saat ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: