Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, May 16, 2008

Cuti Bulan Jun

Kereta bomba yang terdapat di muzium di Melaka

Salah satu tarikan pelancong di Melaka


Bandar Melaka

Apa khabar semua? Sudah agak lama setelah saya tidak memasuki blog ini. Terdapat sedikit masalah teknikal pada komputer peribadi saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang telah menyertakan rancangan mereka untuk cuti bulan Jun. Diharapkan anda semua akan selamat pergi dan kembali ke destinasi anda. Usah lupa untuk menjaga kesihatan apabila berada di luar negara.

Saya akan pergi ke Melaka bersama sekumpulan murid-murid darjah 4 pada cuti bulan Jun yang akan datang ini. Saya akan berada di sana selama 3 hari 2 malam. Diharapkan murid-murid yang turutserta akan rasa gembira dan dapat mempelajari pelbagai perkara di sana nanti :)

Kali terakhir saya ke Melaka adalah pada bulan December tahun 2007. Ada sesiapa yang pernah pergi ke Melaka dan mungkin boleh berkongsi dengan kelas pengalaman anda...

Sekian. Sehingga di lain masa...



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

1 comment:

kelasgerek said...

cikgu pergi melaka tak ajak saya dan Ali?

!ly@$