

Saya baru sahaja pulang dari menonton filem 'Congkak'. Sudah agak lama saya tidak menonton filem di pawagam (Pa - Panggung, wa - wayang, gam - gambar) :) Saya amat beruntung kerana dapat menonton filem 'Congkak' di E-Hub yang terletak di Pasir Ris.
Secara keseluruhan, saya memberi filem ini 6 / 10. Filem ini banyak menggunakan bunyian untuk mengejutkan penonton. Tidak ramai pelakon yang beraksi untuk filem ini. Hantu yang 'bermain' congkak juga merupakan hantu yang muncul di dalam filem 'Jangan Pandang Belakang'.
Ternyata bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem seram namun pengarahnya (director) telah mencuba dengan baik untuk filem ini.
Sebenarnya, saya dengan teman saya ingin menonton filem 'Narnia' tetapi filem itu hanya akan ditayangkan pada 29 Mei. Nampaknya kami harus menunggu beberapa hari lagi :)
Izinkan saya berundur untuk seketika. Pada masa yang sama, selamat maju jaya saya ingin ucapkan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan untuk Madrasah masing-masing. Berkat usaha tekun anda, anda akan lulus dengan cemerlang. Insyallah.
Sekian.
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L
3 comments:
Cikgu pergi tak ajak saya dan Ali ke?
!LY@$
A'kum, Ilyas
Insyallah jika diberi kesempatan saya akan membawa anda berdua untuk menonton wayang bersama. Cerita hantu, ok?
Saya bimbang jika anda berdua ketakutan nanti. Susah saya nanti :P
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L
A'kum,Cikgu
saya hanya main2 sahaja.
harap cikgu tak marah saya.
!LY@$
Post a Comment