Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, December 10, 2009

Lawatan ke Amsterdam :)

Hiasan bersempena dengan Hari Natal



Menjelang senja dan hujan mula turun sewaktu ingin berangkat pulang


Pemandangan di belakang hotel saya. Gambar yang menjadi pilihan saya!


Persekitaran di bandar dengan sistem pengangkutan tram



Hiasan Hari Natal di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. Menarik nan bercahaya!



Persekitaran di bandar Amsterdam. Sejuk sekali!



Bangunan yang saya dapat lihat ketika dalam perjalanan ke bandar


Di hadapan bangunan yang beratus tahun lamanya :)



Brrrr....

Suasana pada waktu 4 petang :)



Sungguh indah...



Jalan raya berdekatan dengan hotel saya


Salam sejahtera semua!


Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan cuti sekolah anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai aktviti. Saya kini sedang bercuti di Amsterdam. Cuaca di sini amat dingin dan ditambah pula kadang-kala hujan. Namun saya memanfaatkan masa di sini dengan mengelilingi kota yang penuh dengan sejarah.


Harga barangan di sini ternyata agak mahal jika dibandingkan dengan di Singapura. Terdapat pelbagai jenis muzium di sini dan saya hanya meluangkan masa untuk 2 buah muzium sahaja memandangkan ada pelbagai tempat menarik yang lain. Kota Belanda ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Pelbagai ikon terkenal pernah menetap di sini antaranya termasuklah, pelukis Van Gogh, Rembrandt dan tidak lupa juga Anne Frank.


Jika anda tidak mengenali siapa itu Anne Frank, saya cadangkan anda membaca mengenainya. Saya masih ingat lagi ketika saya membaca tentangnya ketika saya berada di menengah 2 ;) Saya berkesempatan untuk melawat bekas rumah Anne Frank. Untuk maklumat selanjutnya, harap anda dapat membaca tentang beliau, O.K? :)


Saya telah melampirkan beberapa gambar ketika lawata saya di sini. Harap dapat bersua dalam masa yang terdekat. Untuk mereka yang menghantar SMS kepada saya, mohon maaf kerana tidak dapat membalasnya. Saya akan membalas mesej anda sekembali saya ke tanahair nanti.


Jaga diri anda dan moga berbahagia di samping keluarga yang tercinta.



Ikhlas dari Kota Amsterdam,

Cikgu 5Z@L
10 Disember 2009

Saturday, December 5, 2009

Selamat Bercuti

Hai semua!

Tahniah saya ucapkan kepada Imran dan Syed Ilyas di atas pencapaian anda. Saya harap murid-murid yang lain juga dapat berkongsi pengalaman serta keputusan kamu. Usah bimbang jika kamu tidak memperolehi markah yang diidamkan kerana saya pasti dengan usaha yang lebih gigih, kamu akan berjaya kelak.

Cuti sekolah ini pastinya ada pelbagai aktiviti di luar sana. Ada yang melancong, beriadah dan mengunjungi ahli keluarga. Saya lega sedikit kerana cuti sekolah sudah bermula. Jika tiada aral melintang, saya akan melancong esok, 6 Disember. Akhirnya, setelah merancang untuk seketika, saya dapat melawat benua Eropah. Kini musim sejuk dan saya ghairah sekali untuk mengunjungi beberapa negera di sana.

Saya akan cuba berkongsi pengalaman saya ketika berada di sana. Saya juga mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman cuti sekolah kamu dengan yang lain. Jika masa mengizinkan, kami boleh bersua bersama murid-murid Kelas Gerrek 2008 yang lain.

Akhir kata, jaga kesihatan anda dan moga anda terus bergembira bersama keluarga yang tercinta. Pastikan anda mulakan sesi ulangkaji anda secara berfasa pada cuti sekolah ini. Jangan lupa untuk terus bertanya jika anda tidak pasti, O.K.

Sehingga bersua lagi...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, November 18, 2009

Kepetusan Peperiksaan Akhir tahun

hi kawan-kawan dan cikgu faizal...(:

Semua sehat??saya harap semua sehat..Semua peperiksaan pass??saya harap semua pass...
saya amat gembira sangat dengan keputusan saya..saya dapat nombor 3 dalam class dan level position saya ialah 7..saya pass sume subject-subject saya..pada yang laen yang gagal,ingat jangan putus asa..

wasalam
Imran...

Monday, November 2, 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Hi kawan-kawan,

Saya harap kamu semua dalam keadaan yang baik. Bagai mana dengan keputusan peperiksaan akhir tahun kamu semua? Bagus? Bagi saya, saya mendapat nombor enam dalam kelas. Saya pass semua subjek-subjek saya. Saya harap kamu semua pass semua subjek-subjek kamu.Saya rasa kelas kita tidak ada yang gagal kerana kita semua budak2 bijak. Jika ada yang gagal, jangan putus asa.

Wednesday, October 14, 2009

Exam Da Habis

HurraYYYYYY!!!!! Exam sudah habis.HI kawan-kawan. Agak sunyi ya blog kami ini. Saya rasa mungkin kami sebuk dengan kerja-kerja sekolah menengah kami. Tetapi, kebanyakan sekolah sudah habis exam mereka. Jadi saya rasa kita sekarang ada banyak masa. Saya nasihatkan kamu semua untuk menulis sesuatu di blog kami ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan 'Selamat Deepavali'
HEHEHEHE.....
Saya main-main saja.

Sehingga Jumpa di lain masa.

Friday, October 2, 2009

Hai semua!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Thursday, September 10, 2009

YEAH YEAH!

Bulan Ramadan Tiba Lagi...
Bulan Puasa Yang...
Membawa Hikmah dan Keinsafan....
Membersihkan Jiwa Orang Yang Bertakwa...

Semoga Semua Ahli Keluarga yang disayangi...
Sihat Sejahtera dan Selamat Mengerjakan Amalan Berpuasa...
Juga Kudoakan Buat Anda...
Agar Dapat Kita Berbuka Dengan Rezeki Yang Halal...

Tibalah Syawal Tanda Kemenangan...
Sempurnalah Segala Amalan...
Sehingga Pertemuan Sempena Lebaran...
Kunukilkan Ucapan " SELAMAT HARI RAYA AILILFITRI" Buat Anda Sekeluarga

"Warghh..... Banyak Buat Kueh. Tentu Sedapkan" Kite Tinggal Lagi Sembilan Hari Lagu untuk Beraya. YEAH YEAH YEAH YEAH..... Salam Aidilfitri, Semoga Bahagia Di Samping Keluarga.

Daripada: Md.Nurhakim

Friday, August 21, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Hai Imran dan murid-murid lain

Puasa yok yok,
Pagi-pagi buka periuk...
(p.s: Harap ini tidak berlaku, ya, adik-adik 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bersempena dengan bulan mulia Ramadhan.

Moga Ramadhan kali ini lebih bererti dan terus meningkatkan amalan kita.

Itu sahaja buat kali ini.

Wasalam.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L
hai semua,,

yoyo,,bsk puasa..ingat jangan main2 terus terminum air..
semua puasa ok??




salam hormat,
Mr imran

Saturday, August 8, 2009

Selamat Hari Kebangsaan, Singapura!

Hai semua!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-44 kepada seluruh warganegara Singapura.

Semoga Singapura akan terus kekal sebagai sebuah negara yang maju, makmur dan berjaya dalam pelbagai arena.

Itu sahaja buat masa ini :)


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Thursday, June 18, 2009

Perkelahan Di Sentosa

Salam hormat semua!

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid yang telah menurut serta dalam perkelahan di Sentosa pada 18 Jun 2009. Banyak aktiviti air yang dapat kami lakukan dan saya berasa cukup seronok. Sungguhpun baru sahaja pulang dari bercuti, saya tidak berasa letih dan bersyukur kerana keadaan mengizinkan saya untuk beriadah :)

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama kami, usah bimbang kerana terdapat aktiviti lain yang akan dianjurkan untuk cuti sekolah bulan Disember, Insyallah.

Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada:

1. Syed Ilyas (yang telah membantu menghubungi teman-teman untuk perkelahan ini. Syabas!)

2. Farhan (ada sahaja lawak jenakanya sewaktu 'berendam' di dalam air :P)

3. Ali Hanafiah (yang sering dimasukkan ke dalam air :)

4. Ameer (yang cuba berjemur tetapi masih tidak mendapat 'tan')

5. Izzuddin (membantu dalam memastikan keselamatan barang-barang kami semua sambil bermain pasir)

6. Imran (yang datang jauh dari Paris @ Pasir Ris - kawasan kediaman lama saya yang cukup dirindui)

7. Raihan Jalil (sudi membawa sandwic 'hotdog' yang digemari ramai)

Sekian sahaja buat masa ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L
(Basah kuyup kerana menjadi target oleh kumpulan di atas ini :P

Tuesday, June 16, 2009

TUKAR PLAN

HI KELAS GEREK,

Pada 18 jun(thursday) ini kami tidak jadi pergi ke pulau ubin. Kami akan berkelah di Sentosa. Kita akan berjumpa pada jam 8pg di Eunos MRT Station. Tolong lah bawa sedikit makanan.


Untuk keterangan lanjut sila hubugi Syed Ilyas di talian ini:
62420051/93351904

SYED ILYAS

Saturday, June 13, 2009

Kami Ada Outing

Hi Kelas Gerek,

Pada 18 Jun ini, kita akan ada outing. Kamu ada 2 pilihan:

1) Pergi cycling di pulau ubin

2) Picnic di Sentosa

Kita akan pergi dari pukul 8pg hingga 6ptg.

Kita akan berjumpa di MRT station Eunos.

Tolong lah bawa sedikit wang.

Untuk keterangan lanjut sila hubugi Syed Ilyas di talian ini:
62420051/93351904


Syed Ilyas


P/S: Ilyas, harap anda dapat menghantar pesanan SMS kepada saya. Insyallah saya akan mendarat jam 9 malam pada 17 Jun 2009. Harap maklum :)

Friday, May 29, 2009

Harap maklum

Salam sejahtera, semua

Diharapkan anda sedang berehat bersempena dengan cuti sekolah.

Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya tidak akan berada di Singapura dari
11 hingga 17 Jun 2009. Sekiranya tidak ada aral melintang, saya akan bercuti pada tempoh itu. Bagi mereka yang ingin menghubungi saya, anda boleh menghantar e-mel di faizal_b_mohamed_yusoff@moe.edu.sg dan saya akan membalasnya sekembali daripada bercuti.

Selamat bercuti dan gunakanlah cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

June Holiday

Yo apa macam kelas gerek?

June holiday da nak kat sampai. sapa2 yg pergi luar negeri, jaga diri baik2 kerana flu H1N1 sudah merebak ke seluruh dunia. Jadi jaga diri baik2.

kawanmu
ILYAS

Saturday, May 23, 2009

Tahniah, tahniah, tahniah!

Salam hormat, semua!

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang berjaya meraih markah yang cemerlang. Gembira hati saya apabila membaca berita baik anda :) Usah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru anda yang telah bersusah payah membimbing anda dalam peperiksaan. Terima kasih juga harus diucapkan kepada ibu bapa anda yang memastikan anda mempunyai pendidikan sehingga ke hari ini :) Saya pasti mereka turut bangga di atas kejayaan anda.

Untuk mereka yang masih belum berjaya meraih markah yang cukup baik, jangan berputus asa kerana seperti yang saya sering pesan kepada anda, KEGAGALAN BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA.

Moga bersua lagi.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, May 20, 2009

Hi!!!!!!!!!!!!

Assalamuailaikum kawan-kawanku yang sudah lama tidak jumpa dan cikgu 5z@l,
Di sini adalah Zafirah dan Rasfika......
Kami berada di dalam CCA Media Productions...
Cikgu Kami memberi peluang untuk bermain komputer.....
Jadi kami meminta maaf kerana kami sudah lama tidak masuk Blog ini....
Kami telah mendapat markah peperiksaan yang cermelang....
Kami berdua mendapat A1 untuk bahasa melayu..
Saya dan Zafirah mahu mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana cikgu telah mangajar kami selama ini...


Dari,
Nurrasfika Bte Abd Rahim(1E)
NurZafirah Bte Abd Razak(1E)
p.s semoga berjumpa lagi.....BYE!!!

YeAh!!!!

Yeah....
saya dapat A1 untuk bahasa melayu....
yeahh....
happy nye.
akhirnya saya dapat A untuk bahasa melayu saya
Maths saya dapat B.
English saya dapat C.
Science saya dapat C.
Bahasa melayu saya dapat A.....

itu sahaja

$h!r!n:)

Sunday, May 17, 2009

Masih Ingat Lagi

Selamat Menonton!

Daripada: Md.Nurhakim

Saturday, May 16, 2009

~~~~~~~~~~~~~


Kuching Tour

Bilik "Khayalan" Saya

Gambar "Kucing" (National Icon Of Kuching,Sarawak)

(:Permandangan Yang Indah Jika Diletakan Muka Saya :)



Saya Dan 2 Adik-Beradik Saya


!Resort Saya!
Salam Semua,
Sudah Lama Saya Tidak Berkomunikasi Bersama Anda.
Sebenarnya Saya Sibuk Dengan Perkara Yang Saya Harus Selesaikan Di Studio.
Maafya. Saya telah memaparkan Beberapa gambar Semasa Saya Bercuti Di Kuching Sarawak. Saya Menaiki Kapal Terbang Silkair kesana.
Cuaca Tidak Begitu Panas dan Sejuk Berbandingkan Negara Kita.
Jam Di sana Pula Satu Jam Lambat Dari Sini.
E.g Sini Pukul 5.00am, Sana 4.00am.
Saya Harap Anda Pun Ceritakan Pengalaman Anda Yang Manis Bersam Keluarga anda Di Blog Yang Sunyi Ini.
Akhir Sekali, Saya Akan Berkongsi Dengan Anda Video Tentang Kita Semasa Kita Berada Di Bangku Sekolah Peringkat 6.(Learning Journey)
Hingga Kita jumpa Lagi Pada Bila-Bila Masa Di Masa Hadapan...
Daripada: Md.Nurhakim Bin Bajuri Ali





Friday, May 15, 2009

ExAM!!

Yeahhh.....
exam sudah habis.....
saya harap saya lulus semua peperiksaan saya..

$h!r!n:)

Wednesday, May 13, 2009

Terima kasih, Ilyas

Sejuk tapi panas. Macam mana tu? Pelik tapi benar


Kamar tidur saya - zzzzz....







Hmm...merah jambu? TIDAK!!!!





M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E - Cayang Mickey!



Brrr...sejuk. Tetapi mesti senym untuk kamera :)


Salam hormat, semua

Diharapkan anda sedang berehat setelah 'demam' peperiksaan menyelubungi diri anda.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ilyas kerana sudi meluangkan masa demi blog ini. Sememangnya blog ini sunyi namun saya pasti anda semua sedang sibuk. Saya bersetuju dengan idea Ilyas iaitu untuk berkongsi pengalaman percutian anda. Anda boleh berkongsi gambar-gambar anda jika tidak keberatan. Oh, ya. Saya juga akan berkongsi dengan anda gambar-gambar yang diambil saya apabila bercuti di Hong Kong pada hujung tahun lepas (2008)

Saya kini sedang mengulangkaji untuk peperiksaan saya yang akan berakhir 18 Mei ini. Agak mencabar buat diri saya kerana harus mengajar dan belajar pada masa yang sama namun saya akan tetap teguh berdiri selagi termampu.

Buat anda di luar sana, saya berharap anda tidak mensia-siakan segala usaha dan pengorbanan ibu bapa anda. Pastikan anda belajar dengan tekun dan saya pasti ada akan meraih kejayaan suatu hari nanti :)

Itu sahaja buat masa ini. Sehingga bertemua dalam masa terdekat ini.

Sekian. Wasalam.




Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Sunyi betul blog kami

Hi Kelas Gerek,

Sunyi betul ya blog kami ini. Saya rasa kalau bukan kerana Cikgu 5Z@L, kita tidak akan ada blog ini. Jadi, janganlah sia-siakan usaha Cikgu 5z@l. Saya harap jika kamu semua pergi bercuti atau kamu ada pengalaman baharu,berkongsilah dengan kita semua pengalaman kamu.

Itu sahaja. Sehingga bertemu lagi.


Syed Ilyas

Sunday, May 3, 2009

SELAMAT MAJU JAYA

SALAM HORMAT SEMUA!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 2 pesanan berikut:

1. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan hari lahir saya. Saya amat terharu dengan ingatan anda itu.

2. Selamat maju jaya kepada anda sekalian yang akan / telah menduduki peperiksaan. Semoga segala penat lelah berbaloi apabila anda mendapat keputusan anda kelak. Insyallah.

Sehingga bersua lagi.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

p/s: Jaga kesihatan ya terutama sekali dengan keadaan kesihatan sedunia yang tidak menentu.

Thursday, April 23, 2009

Selamat Hari Jadi

Hi Kawan-kawan dan Cikgu 5Z@l, Saya disini ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada guru kami iaitu Cikgu 5Z@L. Saya rasa kalau bukan kerana dia, saya tidak akan dapat grade A untuk Bahasa Melayu(PSLE)saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana mengajar kami dan mengajak kami keluar jalan-jalan. Saya janji saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan masuk express tahun depan. Saya juga tidak akan lupakan Cikgu sampai bila-bila pun. sekali lagi, saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada cikgu.


Syed Ilyas

Tuesday, March 31, 2009

Bulan April

Hai semua!

Hari ini 1 April dan nampak gaya ramai yang akan mempersendakan teman-teman yang lain bersempena dengan April Fool :P Diharapkan anda semua berwaspada. Hehehe.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah hadir untuk perjumpaan pada cuti bulan Mac yang lalu. Saya gembira dapat berjumpa dengan anda semua. Sungguhpun saya kurang sihat, Alhamdulilah saya dapat bersama anda semua.

Mungkin akhir tahun ini anda boleh fikirkan apa yang ingin anda lakukan semasa kita berkumpul. Saya pasti anda ada banyak idea :)

Sehingga bertemu lagi...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Friday, March 20, 2009

March holiday(tukar sedikit)

Hai kawan-kawan
Masa untuk pergi bugis itu sudah tukar
Kita akan berjumpa awal sedikit
dlm jam 1:30 petang
selepas zuhur
kita akan berjumpa di stesen bus blk 609.
ok
$h!r!n & 5z@l

March holiday(tukar sedikit)

Hai!

Hai kawan-kawan saya dan cikgu 5z@l!
Apa khabar kawan kawan dan cikgu 5z@L
sudah laga kami tk berjumpa.
Disini adalah Zafirah.
Saya sekolah di Bedok North Sec School.
Rasfikah pun sama kelas sama saya.
Kami pergi sama-sama pada waktu rehat.
Itu sahaja yang saya mahu berkongsi bersama kawan-kawan dan cikgu 5z@l!

Terima kasih.

Sunday, March 15, 2009

March Holiday

Hai Semua.Hari Sabtu ini 21 march diharapkan
kita dapat bertemu pada jam 3 petang di stesen
Mrt Eunos.kita akan pergi ke bugis kawasan esplanade
dan bugis.untuk lelaki ,solat akan dilakukan di masjid terdekat.
Jumpa lagi!!!

$h!r!n dan 5z@l

Saturday, March 7, 2009

apa khabar.

saya rizuwan,

lama tak jumpa.

Friday, March 6, 2009

Selamat Bercuti

Salam hormat semua!

Terima kasih di atas kiriman anda semua. Diharapkan anda semua sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta.

Khas untuk Izuddin dan Ilyas, saya berada di dalam kelas ketika anda datang ke sekolah. Mohon maaf, ya :( Pada hari Jumaat, saya selalu selesai mengajar jam 6 petang.

Seperti yang dibincangkan, kita akan keluar bersama pada bulan Jun ini. Mungkin anda boleh memberikan idea di mana kita boleh berkumpul, ya :)

Ada seseorang mengusulkan kita agar kita pergi ke Bugis.

Baiklah sehingga ketemu lagi.

Jaga diri baik-baik, ya.

Wasalam.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Monday, March 2, 2009

Hi kawan-kawan semua dan Cikgu Faizal


Assalammualaikum semua


Semua sihat,saya tidak tahu bagaimana hendak mula. Cikgu,saya dan Ilyas cari Cikgu, Cikgu tidak di sekolah tidak apa-apa,saya tidak putus asa.Tentang cawan.......... nenek saya sudah pecahkan tapi tidak salahkan dia.
Dengan penuh kasih,Md Nur Izzuddin

Thursday, February 19, 2009

Wednesday, February 18, 2009

Untuk Semua

Cerita $hirin

Minggu ini saya ade cerita.
Saya ada seorang kawan.
orangnya baik sekali.
tapi dia suka seorang lelaki di dalam kelas
Hari itu kita hendak buat research
untuk science
kita pakai komputer
lelaki ini
dia punya komputer rosak
abeh cikgu suruh untuk pindah sebelah saya
abeh dia pun cemburu
EEEEEEEEE........
Saya tidak boleh tahan dengan orang gini
Kerana saya duduk sebela seorang lelaki
dia tidak mahu berkawan dengan saya
itu sahajalah

$h!r!n

Sunday, February 15, 2009

:)


Hi Semua!


Sudah lama tak tanya khabar.

Anda semua sihat tak??

Saya sungguh bahagia hari-hari kerana saya ada banyak kawan di sekolah saya.

Kehidupan saya berbeza dari dulu kerana 'attitude' tak macam dulu, diam aje.

Sekarang, saya boleh meluahkan perasaan macam gangster.(macam aje)

Amir pun telah tukar perangai.

Dulu dia degil, sekarang dia berdiscpline.

Bawa buku hari-hari, buat hw dan sebagainya.

Shirin pun dah tukar perangai...

Dulu diam tapi sekarang macam gangst......OOPS!!
Saya harap anda semua pun ceritakan pengalaman anda. Ok (macam saya):)
Itu sahaja. Jangan lupa tonton video saya yang akan datang K...
Daripada
Md.Nurhakim 6 Love(incase you had forgotten me)


Wednesday, February 11, 2009

CAWAN

Hai semua.
Saya masih simpan cawan yang Cikgu Faizal kasih.
Saya harap kamu semua masih simpan cawan itu.
$h!r!n

Nombor dan cerita shirin

Hai semua.
Apa kamu semua baik???
Ini nombor saya:90153648...
Sekarang hidup saya macam semakin susah.
Bukan susah macam tak da duit.
Susah macam......tak da kawan.
Kawan saya di sekolah rendah faham perangai saya.
tapi di sini tak ade orang faham perangai saya.
itu sahaja.Sampai kita jumpa lagi...

$h!r!n:)

Sunday, February 8, 2009

Harap Maklum

Hai semua,

Harap maklum mengenai pertukaran nombor telefon bimbit (HP) saya.

Nombor baharu saya ialah: 98 38 56 01


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Friday, February 6, 2009

Terima kasih, Shirin

Hai, semua!

Apa khabar anda di sana?

Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Shirin kerana telah berkongsi bersama yang lain mengenai pengalaman beliau.

Saya bangga Shirin telah beredar dari tempat itu. Sebaiknya kita jauhkan diri kita daripada tabiat buruk seperti merokok. Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah membazirkan duit. Saya harap anda akan menjalani gaya hidup sihat :)

Pastikan anda terus menerangi blog ini, ya.

Sehingga bertemu lagi.


Ikhlas,

Cikgu
5Z@L

Saturday, January 31, 2009

Cerita $hirin...

Saya ada seorang kawan yang saya baru kenal.Saya lihat dari muka dia,dia macam baik gitu.abeh kita pun jadi kawan.dia dari sekolah grifit(tak tahu spell).berapa minggu nanti dia kata
Kawan saya:shirin kau isap rokok??
Shirin:tak, kenapa???kau isap rokok???
Kawan saya:ia.
Saya pun terperanjat.
Ade satu kali dia suruh saya teman dia untuk isap rokok.
saya kata saya kena balik.
itula cerita saya.ok lah bye!!!

$hirin

Thursday, January 22, 2009

Selamat Bercuti :)

Hai, semua!

Terima kasih Zuhairah dan Amirulamin di atas kiriman anda.

Saya ingin mengucapkan selamat bercuti sempena perayaan Hari Raya Cina. Pastikan anda meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta.

Usah lupa untuk mengulangkaji semasa bercuti nanti, ya.

Sehingga 'bersua' lagi di lelaman ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

hi

selamat sejahtera kawan saya dan cikgu Faizal maafkan saya saya tidak boleh datang...tetapi saya dapat sekolah manjusri

amin,
out

Saturday, January 17, 2009

Rindu cikgu dan teman2 saya...

Hi cikgu 5zal dan teman2...

cikgu dan teman-teman semua sihat...??

saya di sini sihat tapi stres dengan kerja sekolah...

hari ini saya sempat pergi ke blog kelas gerek...

hai......... sudah lama kita tidak berjumpa....

semalam saya pergi ke sekolah rendah telok kurau dan
di sekolah saya terjumpa shaqilah,taufiq ,illyas dan ramai lagi.....

saya harap kita sekelas dapat berjumpa lagi...

saya tidak akan lupakan avtiviti dan cara yang dilakukan
semasa kita mengadakan pelajaran melayu...



ok...itu saja....

~Nur zuhairah~

Thursday, January 8, 2009

Apa Khabar?

Hai semua!

Apa khabar anda semua? Diharapkan anda sihat-sihat hendaknya :) Anda tentu sibuk dengan kerja sekolah, kan?

Bagaimanakah pengalaman anda di sekolah menengah anda? Tentu seronok!

Harap anda dapat berkongsi apa yang berlaku sewaktu hari pertama anda, ya :)

Itu sahaja buat masa ini.

Jaga diri baik-baik dan sampaikan salam kepada ibu bapa anda.

Sekian.

Wasalam.


Salam ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Friday, January 2, 2009