Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, December 10, 2009

Lawatan ke Amsterdam :)

Hiasan bersempena dengan Hari Natal



Menjelang senja dan hujan mula turun sewaktu ingin berangkat pulang


Pemandangan di belakang hotel saya. Gambar yang menjadi pilihan saya!


Persekitaran di bandar dengan sistem pengangkutan tram



Hiasan Hari Natal di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. Menarik nan bercahaya!



Persekitaran di bandar Amsterdam. Sejuk sekali!



Bangunan yang saya dapat lihat ketika dalam perjalanan ke bandar


Di hadapan bangunan yang beratus tahun lamanya :)



Brrrr....

Suasana pada waktu 4 petang :)



Sungguh indah...



Jalan raya berdekatan dengan hotel saya


Salam sejahtera semua!


Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan cuti sekolah anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai aktviti. Saya kini sedang bercuti di Amsterdam. Cuaca di sini amat dingin dan ditambah pula kadang-kala hujan. Namun saya memanfaatkan masa di sini dengan mengelilingi kota yang penuh dengan sejarah.


Harga barangan di sini ternyata agak mahal jika dibandingkan dengan di Singapura. Terdapat pelbagai jenis muzium di sini dan saya hanya meluangkan masa untuk 2 buah muzium sahaja memandangkan ada pelbagai tempat menarik yang lain. Kota Belanda ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Pelbagai ikon terkenal pernah menetap di sini antaranya termasuklah, pelukis Van Gogh, Rembrandt dan tidak lupa juga Anne Frank.


Jika anda tidak mengenali siapa itu Anne Frank, saya cadangkan anda membaca mengenainya. Saya masih ingat lagi ketika saya membaca tentangnya ketika saya berada di menengah 2 ;) Saya berkesempatan untuk melawat bekas rumah Anne Frank. Untuk maklumat selanjutnya, harap anda dapat membaca tentang beliau, O.K? :)


Saya telah melampirkan beberapa gambar ketika lawata saya di sini. Harap dapat bersua dalam masa yang terdekat. Untuk mereka yang menghantar SMS kepada saya, mohon maaf kerana tidak dapat membalasnya. Saya akan membalas mesej anda sekembali saya ke tanahair nanti.


Jaga diri anda dan moga berbahagia di samping keluarga yang tercinta.



Ikhlas dari Kota Amsterdam,

Cikgu 5Z@L
10 Disember 2009

2 comments:

kelasgerek said...

WOW!!! Best seh. lawa seh gambar2 cikgu tu. mesti best kan. Saya pon nak jadi seorang cikgu .jadi boleh dpt banyak duit dan boleh pegi holiday jauh2 sikit. haha


Syed ilyas

kelasgerek said...
This comment has been removed by the author.