Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, December 5, 2009

Selamat Bercuti

Hai semua!

Tahniah saya ucapkan kepada Imran dan Syed Ilyas di atas pencapaian anda. Saya harap murid-murid yang lain juga dapat berkongsi pengalaman serta keputusan kamu. Usah bimbang jika kamu tidak memperolehi markah yang diidamkan kerana saya pasti dengan usaha yang lebih gigih, kamu akan berjaya kelak.

Cuti sekolah ini pastinya ada pelbagai aktiviti di luar sana. Ada yang melancong, beriadah dan mengunjungi ahli keluarga. Saya lega sedikit kerana cuti sekolah sudah bermula. Jika tiada aral melintang, saya akan melancong esok, 6 Disember. Akhirnya, setelah merancang untuk seketika, saya dapat melawat benua Eropah. Kini musim sejuk dan saya ghairah sekali untuk mengunjungi beberapa negera di sana.

Saya akan cuba berkongsi pengalaman saya ketika berada di sana. Saya juga mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman cuti sekolah kamu dengan yang lain. Jika masa mengizinkan, kami boleh bersua bersama murid-murid Kelas Gerrek 2008 yang lain.

Akhir kata, jaga kesihatan anda dan moga anda terus bergembira bersama keluarga yang tercinta. Pastikan anda mulakan sesi ulangkaji anda secara berfasa pada cuti sekolah ini. Jangan lupa untuk terus bertanya jika anda tidak pasti, O.K.

Sehingga bersua lagi...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: