Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Sunday, February 21, 2010

Ke Kuala Lumpur

Hi kwn-kwn..

Seperti yg telah saya janjikan, saya akan ceritakan tentang apa yg saya buat pada Tahun Baru Cina. Saya telah ke Kuala Lumpur. Kita sampai di hotel yg kami inap agak lewat. kita sampai pada pukul 8 malam. jadi apa bila kita sampai saja, kita pun rehat. hari kedua kita pergi membeli-belah dia Mid-Valley Megamall. Hari ketiga pula kita ke Genting Highland. Di sana saya tidak berpuas hati kerana di sana ada ramai sangat orang. cuaca nya pula sangat panas. sehinggakan saudara saya kena sunburn. selepas ke Genting, pada esok nya kita pulang ke Singapura.. itulah yang saya buat apabila saya di Kuala Lumpur.

Sehingga berjumpa di masa yg lain....

Syed Ilyas

Friday, February 19, 2010

HELLO!!

Heylo kwn2!!
dah lama saya tidak post...hahaha!
saya tengah sibuk dengan band..hiaz....
saya mahu minta maaf kerana tidak dpt pergi ke sekolah
Telok Kurau Primary School...saya mahu pegi tetapi saya ada
band tiap2 jumaat...
itu sahaja..
BUHBYE!



$h!r!N=)

Monday, February 15, 2010

Sunday, February 14, 2010

Selamat Bercuti

Hai, semua!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Moga anda memanfaatkan cuti panjang ini dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah dan meluangkan masa bersama teman-teman serta keluarga tersayang.

Sekian sahaja buat masa ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Thursday, February 11, 2010

Akan ke Kuala Lumpur

Hi kwn2...

Sudah lama kita tidak bersua .. saya sangat rindu pada kamu semua..Blog kami ini sangat sunyi. Saya ingin beritahu kamu semua jika tiada arang melintang, saya akan ke Kuala Lumpur bersama keluarga saya pada Tahun Baru Cina ini. Ia itu pada 13/2/2010 ini. saya akan ke sana selama 4 hari. insyallah saya pulang pada 16/2/2010.. selepas saya pulang dari Kuala Lumpur, jika ada masa, insyallah saya akan ceritakan pada kamu semua apa saya buat di sana..ini saja buat masa ini. Saya harap kamu semua dapat menceritakan apa yg kamu lakukan pada Tahun Baru Cina ini.

Hingga jumpa di masa lain.....

Syed Ilyas