Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, May 23, 2009

Tahniah, tahniah, tahniah!

Salam hormat, semua!

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang berjaya meraih markah yang cemerlang. Gembira hati saya apabila membaca berita baik anda :) Usah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru anda yang telah bersusah payah membimbing anda dalam peperiksaan. Terima kasih juga harus diucapkan kepada ibu bapa anda yang memastikan anda mempunyai pendidikan sehingga ke hari ini :) Saya pasti mereka turut bangga di atas kejayaan anda.

Untuk mereka yang masih belum berjaya meraih markah yang cukup baik, jangan berputus asa kerana seperti yang saya sering pesan kepada anda, KEGAGALAN BUKAN UNTUK SELAMA-LAMANYA.

Moga bersua lagi.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: