Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, June 18, 2009

Perkelahan Di Sentosa

Salam hormat semua!

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid yang telah menurut serta dalam perkelahan di Sentosa pada 18 Jun 2009. Banyak aktiviti air yang dapat kami lakukan dan saya berasa cukup seronok. Sungguhpun baru sahaja pulang dari bercuti, saya tidak berasa letih dan bersyukur kerana keadaan mengizinkan saya untuk beriadah :)

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama kami, usah bimbang kerana terdapat aktiviti lain yang akan dianjurkan untuk cuti sekolah bulan Disember, Insyallah.

Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada:

1. Syed Ilyas (yang telah membantu menghubungi teman-teman untuk perkelahan ini. Syabas!)

2. Farhan (ada sahaja lawak jenakanya sewaktu 'berendam' di dalam air :P)

3. Ali Hanafiah (yang sering dimasukkan ke dalam air :)

4. Ameer (yang cuba berjemur tetapi masih tidak mendapat 'tan')

5. Izzuddin (membantu dalam memastikan keselamatan barang-barang kami semua sambil bermain pasir)

6. Imran (yang datang jauh dari Paris @ Pasir Ris - kawasan kediaman lama saya yang cukup dirindui)

7. Raihan Jalil (sudi membawa sandwic 'hotdog' yang digemari ramai)

Sekian sahaja buat masa ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L
(Basah kuyup kerana menjadi target oleh kumpulan di atas ini :P

No comments: