Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, August 8, 2008

Akhirnya...

Akhirnya...

Tamat sudah perayaan Hari Kebangsaan Singapura. Saya baharu sahaja pulang ke rumah. Perayaan hari ini agak berlainan sedikit. Selain mengacarakan acara pada hari ini, saya diminta untuk mendendangkan sebuah lagu Melayu. Saya diberikan lebih kurang 15 jam untuk menghafal rentak lagu dan juga lirik lagunya. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar :)

Kini saya ingin berehat dengan secukupnya memandangkan kaki saya lenguh (penat) dibuatnya. Diharapkan anda akan meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta hujung minggu ini. Bagi mereka yang akan pergi ke Marina Bay, pastikan anda berseronok dengan warga Singapura yang lain :)

Akhir kata, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 43, Singapura :)



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: