Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, March 14, 2008

Cuti sekolah

Semasa cuti sekolah selama seminggu ini, saya tidak pergi kemana-mana seperti orang-orang lain yang mungkin telah pergi ke luar negara untuk bercuti. Sungguhpun begitu, saya tetap senang dan berasa gembira walaupun saya tidak pergi berjalan kemana-mana. Saya hanya menghabiskan masa saya dengan menonton televisyen, bermain bersama adik-adik dan juga bermain GameBoy yang telah diberikan bapa kepada saya.
Walaupun cuti sekolah hanya selama seminggu, saya ada banyak kerja sekolah yang diberikan guru untuk saya menyiapkannya dan saya harus menhadiri kelas tambahan di sekolah saya. Rasa-rasanya ada juga penat tetapi ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang murid. Saya haruslah berusaha supaya saya boleh menjadi anak yang bijak dan pintar.
Di rumah, saya selalu membantu emak saya untuk membersihkan rumah. Saya akan menolongnya menyapu, mencuci pinggan mangkuk atau apa-apa saja yang berkaitan dengannya. Emak saya tidak suka kalau rumah kelihatan berselerak. Bila emak saya nampak rumah berselerak, emak saya akan marah. Jadi, untuk mengelakkan daripada emak saya marah, saya akan panggil adik-adik saya untuk sama-sama membersihkan rumah kami. Emak saya akan berasa gembira bila melihat kami bergotong-royong.
Jika diberi peluang, emak dan bapa saya akan membawa saya dan adik-adik saya berjalan-jalan dan bersiar-siar bila musim cuti sekolah tiba lagi. Dengan ini, saya mengakhiri karangan saya.

Nama: Mohamad Rizuwan B. Mohamad Idil
Kelas: 6 Love