Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Tuesday, March 18, 2008

Letih Saya

Hai semua!

Hari ini Selasa dan terasa amat letih. Mungkin cuaca memainkan peranan juga. Disebabkan itulah saya lebih sukakan cuaca yang dingin :) Teringat pula saya kepada lagu Dingin yang sering bermain di alat MP4 saya hampir setiap pagi apabila ke sekolah.

Sebentar tadi, baru sahaja saya memulakan dengan buku 6B. Saya amat berharap agar anda senantiasa bertanya seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Pada masa yang sama juga, saya turut pelajari sesuatu yang baru daripada anda setiap masa. Perkara yang penting adalah kita harus senantiasa berkongsi ilmu.

Bercakap tentang ilmu, jangan lupa untuk melakukan perkara berikut untuk jurnal anda:

1. Guntingkan dengan kemas karangan bertajuk "Budak Nakal" dari bahagian Tunas.
2. Guntingkan dengan kemas salah satu sajak yang anda gemari dari bahagian Tunas juga.
3. Pilih satu artikel yang anda gemari dan guntingkan artikel itu dengan kemas.

Pastikan anda melekatkan segala keratan akhbar itu di dalam buku Jurnal masing-masing.

Sehingga esok. Saya ingin berehat dan bersembang bersama ibu saya sambil menonton Berita jam 8 di Suria.

Selamat malam semua :)


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: