Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, March 29, 2008

Pengalaman Darjah 1...




SEKOLAH RENDAH BEDOK VIEW

Hari pertama sekolah merupakan saat yang dipenuhi dengan debaran. Saya pergi ke sekolah bersama ibu saya. Sepanjang perjalanan saya, saya rasa sedih kerana akan berada di sekolah selama 6 jam! Ini agak lama jika dibandingkan dengan masa persekolahan di sekolah tadika PAP saya di blok 125 Bedok North Road ketika itu.

Saya dan ibu akan berjalan kaki untuk ke sekolah. Kami sering ditemani dengan teman saya iaitu Faris Bin Ahmad yang tinggal di blok bersebelahan. Walaupun kelas kami berlainan, kami tetap akrab (rapat). Perjalanan ke sekolah mengambil masa selama 15 minit. Pakaian seragam sekolah kami berwana putih dan hijau - baju putih dan seluar hijau :)

Setibanya di sekolah, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Mereka hanya boleh menunggu dan melihat dari luar. Dewan sekolah terletak di tingkat satu dan itu berkongsi ruang (space) dengan kantin kami. Wah, Sekolah Rendah Bedok View amat besar! Terdapat sebuah taman di tengah-tengah sekolah itu. Bau makanannya cukup menyelerakan dan saya terhidu masakan nasi lemak dari dewan ;)


GURU-GURU SAYA

Nama guru kelas saya ialah Cik Siti. Dia merupakan seorang guru yang amat garang tetapi penyayang pada masa yang sama. Dia mengajar kami Bahasa Inggeris dan Matematik. Guru Bahasa Melayu saya pula ialah Cikgu Habsah. Saya suka Cikgu Habsah kerana dia seorang guru yang baik hati. Dia sering menyuruh kami duduk di lantai dan baca bersama.


PINDAH SEKOLAH

Pada pertengahan tahun pula, kami sekeluarga berpindah ke Simei. Saya berpindah ke Sekolah Rendah Changkat yang amat berdekatan dengan blok saya iaitu blok 107. Saya hanya perlu berjalan kaki untuk ke sekolah. Teman saya, Faris, juga turut menukar sekolah bersama saya. Kali ini, kami berada di kelas yang sama (yahoo!) Sekolah Rendah Changkat merupakan sekolah rendah baru di kawasan estet perumahan Simei ketika itu. Ketika itu juga tidak ada pusat membeli-belah East Point, Hospital Besar Changi dan kondominium. Seringkali saya harus membantu ibu ke kedai dengan menaiki bas ke Tampines.

Namun saya berada di Sekolah Rendah Changkat untuk seketika sahaja kerana di kelas saya terdapat seorang budak nakal yang suka mengusik murid-murid lain. Guru pula tidak boleh mengajar. Teman baik saya, Faris tidak bernasib baik kerana jari jemarinya telah tersepit di antara dua meja - aduh!

Pada tahun 1989, saya kembali ke Sekolah Rendah Bedok View yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Bedok View. Saya kekal di sekolah itu sehinggalah 1993 apabila saya menduduki untuk peperiksaan PSLE saya :)

Pengalaman saya semasa berada di bangku sekolah rendah akan senantiasa tersemat di hati saya.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

2 comments:

kelasgerek said...

cikgu susah tak nak tukar-tukar sekolah?

kelasgerek said...

A'kum, siapakah gerangan yang bertanya itu?

Kembali kepada soalan anda, ibu bapa saya hanya perlu memberikan surat-surat rasmi untuk menandakan saya akan memulakan persekolan saya di sekolah baru. Saya juga turut rasa seronok bak satu pengalaman yang menarik :)

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L