Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Sunday, March 16, 2008

PERCUTIAN KE KL







Assalammalaikum kawan-kawan dan Cikgu,


Saya dan keluarga saya telah berangkat ke KL pada 10 March 2008. Kami berangkat ke sana pada pukul lima pagi untuk pergi ke Lapangan Terbang Senai. Kami menaiki kapal terbang pada jam 9 pagi. Oleh kerana ini kali pertama saya menaiki kapal terbang, saya tidak sabar untuk menaikinya. Sebenarnya ini kali kedua saya menaiki kapal terbang tetapi masa pertama kali saya baru berumur tujuh bulan dan saya tidak ingat apa-apa. Hati saya berdebar-debar sewaktu kapal terbang mula berlepas, tetapi bila sudah berada di atas, perasaan gerun saya pudar. Penerbangan ke KL mengambil masa 45 minit.

Kami tiba di bandar KL pada 11 pagi. Di sana, kami tinggal di Hotel THE ZONE. Pada hari kedua,kami berpindah ke Hotel Mexico, yang berdekatan dengan KL Central. Selama dua hari di sana, saya hanya bersiar-siar sahaja.

Pada 12 March, kami berangkat ke Lapangan Terbang KLIA. Kapal terbang kami berlepas pada jam 8 pagi. Sungguh seronok rasanya menaiki kapal terbang!!!! Saya berharap pada suatu hari nanti saya dapat menaiki kapal terbang sekali lagi. INSYAALLAH.

3 comments:

kelasgerek said...

Wah! Seronoknya Ilyas! Best tak kat sana? Kenapa Ilyas tak bawa Cikgu Faizal ke, Hakim dan lain? He he he. Gurau sahajalah!

Daripada temanmu,
Md.Nurhakim(6 Love)
Email: nur.kimha@gmail.com

kelasgerek said...

Ya, seronok sekali. Saya juga suka melawat bandar Kuala Lumpur jika masa mengizinkan. Saya suka pergi ke taman permainan bertema yang terletak di Berjaya Times Square ;)

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

kelasgerek said...

WOW!!!!!!!!! Makanan disana sedap atau tidak sedap. HE..HE..HE ingat makanan sahaja.
Yo brother(abang)

@/\/\!R H@/\/\2@H