Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Monday, March 17, 2008

Lagu Kegemaran Saya (P.Ramlee)

Saya turut meminati beberapa buah lagu yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Antaranya ialah:

Di Mana Kan Ku Cari Ganti - lagu ini amat menyayat hati. Selain itu, lagu ini mempunya lirik yang puitis. Alunan muziknya sering mengusik jiwa saya. Saya tahu bahawa ibu saya turut sukakan lagu ini.

Jeritan Batinku - Sebuah lagu sedih juga :( Saya sukakan lagu ini yang telah dibawakan oleh ramai penyanyi yang baik-baik belaka. Liriknya cukup unik dan bermakna.

Bunyi Guitar - Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai lagu rancak ini. Lagu ini sering diberi nafar baru namun saya tetap gemarkan yang asli oleh P.Ramlee :)

P.Ramlee merupakan seorang insan yang cukup berbakat. Dia merupakan salah satu ikon yang saya gemari. Lagu-lagunya tak pernah lapuk dek zaman (outdated). Saya harap anda juga dapat berkongsi mengenai lagu kegemaran anda :)


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: