Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Monday, March 10, 2008

Hari Lahir Istimewa

(Ibu saya di samping Amirul Hakimi)
Apa khabar semua? Diharapkan hari permulaan cuti anda amat menarik sama ada anda berada di dalam mahupun luar rumah; yang penting anda melakukan sesuatu yang berfaedah.


Hari ini saya telah keluar untuk seketika bersama anak saudara saya, Amirul Hakimi, yang menjangkau usia 3 tahun hari ini - 10 Mac 2008. Pada mulanya, saya ingin membawanya ke pusat membeli-belah di Orchard Road namun memandangkan cuaca tidak mengizinkan, saya menuju ke City Hall. Apa pun tempat yang saya pergi harus mempunyai permainan Thomas mahupun Bob The Builder. Letih juga kerana terpaksa memastikan anak saudara saya senantiasa berada di sisi saya. Orangnya kecil tetapi teramatlah aktif.


Akhirnya, beliau inginkan senaskhah buku aktiviti Thomas. Dia memang menggemari watak Thomas sehinggakan dia menghafal segala watak-watak yang terkandung di dalam siri televisyen itu. Dia gelisah kerana dia ingin mencari permainan Toby tetapi tidak kelihatan. Lucu juga kadang kala melihat telatah si dia.


Kek hari jadinya pula merupakan kek Thomas yang dibeli untuknya khas oleh ibu tersayang. Sungguhpun sambutannya secara sederhana sahaja, saya pasti dia gembira lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai hadiah yang diberikan kepadanya.


Sehingga di ruangan yang lain. Saya ingin berehat sekarang kerana perlu ke sekolah esok untuk melaksanakan beberapa tugas agar tidak kelam kabut dibuatnya saya apabila sekolah dibuka kelak.


Senantiasa menjaga kesihatan anda cuti sekolah ini.



Salam ikhlas,


Cikgu 5Z@L

2 comments:

kelasgerek said...

CIKGU NANTI SATU HARI KITE AMIK GAMBAR SATU KELAS..ABEY KITE TARUK KAT DALAM BLOG INI...


ROSLAN

kelasgerek said...

Terima kasih Roslan di atas saranan anda itu. Tentu sekali kita harus mengambil gambar sekelas. Saya memang telah berura-ura untuk berbuat demikian namun kesuntukan masa. Ingatkan saya sekembali kita semua ke sekolah, ya.

Terima kasih.

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L