Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, March 15, 2008

Syabas, Kelas Gerek 2008!

Salam sejahtera semua!

Hari ini Ahad. Harap anda semua telah bersiap sedia untuk ke sekolah, ya. Jangan lupa untuk tidur awal agar anda kelihatan segar bugar (fresh) esok. Mengikut jadul, saya akan memasuki kelas pada jam 12 tengahari. Usah lupa untuk menyelesaikan kerja sekolah anda. Sekiranya ada masalah, kita akan berbincang dengan teman-teman yang lain esok.

Saya juga berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda sekalian bahawa ibu Rizuwan telah memberikan anda beberapa kata perangsang (encouraging words). Sila lihat kiriman komentarnya di bawah ini. Syabas di atas kesemua usaha murni anda semua. Sememangnya anda Kelas Gerek 2008. Saya yakin anda semua mampu lakukannya.

Sehingga di ruang yang lain, jagalah diri anda sebaik mungkin.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L
________________________________________________

Cikgu Faizal,

Saya, ibu dan bapa kepada Rizuwan ingin mengucapkan Syabas kepada murid-murid anda yang telah menghantarkan karya mereka. Saya sendiri telah berminat dan selalu melungsurinya untuk melihat karya-karya atau gambar-gambar yang baru.

Setakat ini, saya telah menolong Rizuwan untuk menhantarkan 3 Blog kesemuanya. Harap disukai teman-temannya diatas karyanya. Akhir sekali, saya akan tetap menyokong Rizuwan dalam apa jua yang diminatinya.

Dan saya amat gembira kerana "anak zaman sekarang" sudah bijak dan pintar untuk menghasilkan Blog karya mereka.Saya akan mendoakan agar semuanya SUKSES dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga lulus dalam PSLE. Amin.

No comments: