Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Tuesday, March 11, 2008

Hujan, Oh Hujan!

Hello, semua budak-budak bijak

Hari ini Selasa dan nampaknya air hujan mencurah-curah turun ke bumi ini. Sejuk rasanya dan baik juga seandainya cuaca sebegini berada bersama kita untuk seketika. Apa pandangan anda? Tentu bagi mereka yang ingin bermain bola sepak, cuaca sebegini tidak mengizinkan mereka untuk turun ke padang bola. Tidak kurang juga mereka yang ingin bermain golf :)

Saya tidak ke sekolah hari ini tetapi akan pulang esok kerana harus menyelesaikan beberapa tugas. Setiap hari, saya akan memasuki lelaman ini dan akan melihat berapa banyak kiriman yang blog ini terima. Saya amat mengharapkan blog ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa terdekat.

Untuk hari ini, saya akan berhenti di sini. Esok, sebelum ke sekolah saya akan bersarapan mungkin di MacDonalds' ataupun di Warong Wak Jof. Hmm...

Sehingga di masa yang lain...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: