Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, March 13, 2008

Jumaat

Apa khabar semua? Akhirnya, hari Jumaat muncul jua dan dengan ini anda semua mempunyai dua hari lagi untuk bercuti. Saya harap anda telah berehat dengan secukupnya.

Hari cuti ini saya sering luangkan bersama keluarga dan juga teman (dan murid-murid juga ;-). Bulan ini ramai daripada teman-teman saya menyambut hari lahir mereka. Kadang-kala pening juga memikirkan apakah yang harus saya belikan untuk mereka. Mencari hadiah pula harus bersesuaian dengan perwatakan seseorang itu. Secara peribadi, saya gemar kepada baragan yang unik kerana bukan selalu kita dapat menatap barangan sedemikian. Pernah saya membawa pulang tin minuman ringan Pepsi yang begitu kecil. Saya amat tertarik dengan saiznya. Tentu anda juga mempunyai minat terhadap sesuatu barangan. Barangan Winx Club mungkin? :)

Selamat berehat :)


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: