Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, March 21, 2008

Cuti Umum sempena Hari Easter

Hai , murid-murid

Bagaimanakah anda menghabiskan cuti umum anda? Saya percaya ramai di antara anda mempunyai rancangan tersendiri bersama keluarga mahupun teman masing-masing. Saya meluangkan masa bersama teman saya untuk menyambut hari lahirnya. Dalam jadul saya yang sibuk, saya rasa ianya penting untuk seseorang membahagikan masa dengan baik. Keluarga dan teman merupakan insan-insan yang sering membantu kita ketika kita memerlukan bantuan. Saya harap anda juga akan memastikan anda meluangkan sedikit masa untuk keluarga mahupun teman kelak apabila anda sudah bekerja.

Saya juga telah ke Orchard Road dan nampaknya orang ramai lebih suka menghabiskan masa mereka bersantai di rumah. Keadaan di Orchard Road tidaklah begitu sesak. Cuaca juga tidak menentu (uncertain) buat seketika. Kami telah membelikan cakera padat untuk teman kami. Orangnya memang menggemarkan muzik genre pop. Pada masa yang sama juga, kami membelanja beliau untuk makan tengahari di restoran Swensen's. :)

Sebelum pulang, kami sempat bersembang sambil menghirup secawan kopi panas memandangkan kami semua kelihatan seperti kekurangan tidur. Sebenarnya cuaca teramatlah nikmat sehinggakan kami hampir terlena (tertidur).

Itu sahaja buat masa ini. Saya harap anda akan senantiasa memeriahkan suasana di blog ini dan tentu sekali anda digalakkan berkongsi pelbagai ilmu yang anda miliki :)

Selamat bercuti!


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

1 comment:

kelasgerek said...

Swensen sey. Saya pun sudah lapar.

@/\/\!R H@/\/\2@H