Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, March 8, 2008

Selamat Pagi Murid-muridku






Selamat Pagi semua!

Hmm... nampaknya blog ini agak sunyi apatah lagi dengan hanya beberapa murid yang aktif memasuki lelaman ini.

Namun saya amat berharap anda akan terus menyemarakkan lagi suasana di blog kelas kami, ya. Hari ini Ahad dan nampaknya tekak saya masih perit rasanya. Saya akan meminum air madu sebentar lagi. Air madu baik untuk tekak dan juga kesihatan kita semua :)

Hari ini saya akan mengemas bilik saya dan akan memastikan saya mengeluarkan segala barang-barang yang saya tidak akan gunakan lagi. Saya tidak suka menyimpan benda-benda yang tiada kegunaan melainkan barangan itu mempunyai nilai yang istimewa (sentimental value)

Sehingga di ruang yang lain. Berseronoklah bersama keluarga tercinta pada cuti sekolah ini.





p/s: Di sini saya lampirkan (attach) beberapa gambar yang diambil semasa saya bercuti :)

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L






11 comments:

kelasgerek said...

WA CIKGU HANDSOME CIKGU DAH SIHAT NANTI PULANG KE SEKOLAH CIKGU TAK SENANG BELAJAR MINUM LAH LAGI ITU AIR MADU NANTI SIHAT OK

ROSLAN:]

kelasgerek said...

Terima kasih, Roslan di atas pujian anda. Anda juga apa kurangnya kelihatan segak lebih-lebih lagi dengan senyuman anda.

Saya bangga kerana anda berada dalam kumpulan tarian yang kini giat berlatih untuk peraduan SYF. Saya tidak sabar lagi untuk menunggu keputusannya.

Lakukan yang terbaik, O.K?

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

kelasgerek said...

WaH!GeMbIrA NaMpAk Di SaNa!Sungguh kacak eh cikgu.Cikgu buat apa di situ? Harap cikgu sihat-sihat selalu dan nampak gaya selepas cuti sekolah selama satu minggu.
Daripada,
Hakim
..................................
Hello cikgu! Apa khabar. Ini Maisarah. Happy nampak di sana? Saya suka menonton cerita UPIN DAN IPIN. Dari cerita itu, saya dapat mempelajari beberapa moral di situ. Harap cikgu selalu tujuk cerita itu lagi!
Daripada,
Maisarah
...................................
Hi cikgu. Masih kenal saya, Hafiz. Dah lama kita tidak bertemu eh? Cikgu sekarang sedang mengajar primary berapa? Cikgu Mesti sibuk dengan keluargakan dalam cuti satu minggukan? Harap sampaikan salam kepada keluarga Ciku Faizal!
Daripada,
Hafiz
************WASSALAM**************

kelasgerek said...

Salam sejahtera kepada Hakim, Maisarah dan Hafiz.

Nampaknya anda semua pernah atau kini pelajar di bawah naungan saya. Saya sihat-sihat belaka di sini di samping keluarga yang tercinta. Terima kasih saya ucapkan di atas kiriman komentar anda kerana saya amat menghargainya.

Cuti sekolah ini saya peruntukan untuk bersama keluarga kerana dalam dunia ini, kita dikurniakan keluarga yang tiada tandingannya. Dengan itu, hargailah keluarga anda sebaik mungkin.

Salam ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Jannah said...

gambar cikgu handsome n cool

Jannah said...

gambar cikgu sumanya handsome n cool seyy....


FROM:JANNAH

kelasgerek said...

Style! Cool(SEJUK)! Panas dan pedas(HOT AND SPICY)! Rumah dah terbakar. Cikgu handsome & cool. Macam Roslan kata,minum lah lagi, itu air madu. Lain kali minum air zamzam. Lebih sihat OK @/\/\!r H@/\/\z@h

Jannah said...

Cikgu masih ingat saya lagikah??anak murid cikgu bile p2..

Jannah said...

cikgu gerek,baik,handsome,fun n cikgu klakar

Jannah said...

Cikgu masih ingat saya lagikah??anak murid cikgu bile p2..

Jannah said...

cikgu masih ingat saye lagi tk..btw saye Jannah student cikgu bile tahun 2005 bile saye p2??