Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, March 7, 2008

Akhirnya...

Helo semua!

Hari ini Sabtu dan cuaca di Paris (Pasir Ris ler) amat panat. Bagaimanakah cuaca di sana? Saya baru sahaja pulang dari sekolah kerana menghadiri ceramah mengenai barah atau kanser. Kini saya lebih memahami mengapakah seseorang itu harus menjalani ujian untuk memastikan tiada sel barah yang terdapat di dalam tubuh kita.

Saya telah pergi ke pusat membeli-belah Parkway Parade sebentar untuk manjamu aiskrim sungguhpun tekak saya kini perit. Namun saya harap keadaan akan pulih seperti biasa.

Pagi tadi, saya terserempak dengan Imran Bin Ahmad yang sedang dalam perjalanan untuk bermain bola dengan teman-teman yang lain. Adakah anda menang?

Saya akan berhenti di sini buat seketika kerana ibu saya akan menghidangkan makan tengahari untuk saya. Dia memasak lauk lemak tahu berserta ikan selar kuning :)

Teruskanlah usaha anda semua untuk menceritakan sebarang pengalaman anda yang menarik ataupun apa jua sekalipun.

Sehingga di lain masa.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: