Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Sunday, March 16, 2008

Memori Ayahanda yang Tercinta

Khas untuk ayahanda yang tercinta...

Sewaktu saya berada di bangku sekolah dahulu, arwah bapa saya sering membawa kami sekeluarga bercuti. Dia akan memandu kereta ke pelbagai negeri di Malaysia. Tetapi kami semua harus menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan. Maklumlah arwah bapa saya garang orangnya dan tahap disiplinnya amatlah tinggi. Sungguhpun dia seorang yang garang, dia pastikan kesemua anaknya diberikan pendidikan yang secukupnya. Tidak pernah dia merungut apabila kami meminta wang untuk membeli buku mahupun makan. Beliau juga gemar menukar kereta dan boleh dikatakan saya telah menaiki pelbagai jenis kereta. Walaupun kereta yang dibelinya bukanlah jenis mewah, saya sekeluarga bersyukur kerana mempunyai kenderaan untuk ke sana sini.

Pada tahun 1996, kami beruntung kerana berpeluang untuk ke kota Jakarta, Indonesia untuk menyaksikan majlis perkahwinan saudara saya. Itulah kali pertama saya 'jatuh cinta' terhadap pesawat. Arwah ayah saya telah memastikan kami semua turut serta untuk majlis itu. Masih segar lagi ingatan saya apabila kami menaiki pesawat jenis Boeing-777. Layanan yang diberikan oleh syarikat penerbangan Emirates cukup hebat.

Seterusnya, saya memberanikan diri untuk merantau negara lain sama ada sendirian mahupun bersama teman dan saudara saya. Apabila saya melawati negara lain, saya dapat mempelajari pelbagai perkara yang cukup menarik.

Memanglah pada kenyataan ayah saya sudah tidak lagi berada di sisi kami sekeluarga namun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana telah memberi kami adik-beradik peluang dalam pelbagai bidang. Sehingga ke hari ini, ayahanda saya tidak dapat melihat saya menjadi seorang guru yang bertauliah.

Kepada anda yang membaca warkah ini, hargailah ibu bapa anda selagi anda dikandung nyawa. Moga segala budi baik anda akan diberkati hendaknya.

p/s: Ayahanda sering berpesan:
"Jangan sombong terhadap orang. Jangan lokek dengan ilmu yang ada. Jangan suka membenci orang. Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas."


Memori ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: