Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, March 15, 2008

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna lelaman ini yang telah menyumbang karya-karya mereka. Pada masa yang sama juga harap anda memastikan semua karya anda adalah hasil kerja anda dan bukan orang lain :)
Seterusnya, diharapkan semua kiriman gambar bersesuaian dan tidak mendatangkan sebarang konflik. Saya percaya kesemua anak murid saya amatlah bijak dan dapat berfikir dengan baik. Anda harus maklum (be informed) bahawa blog ini sering dilawati oleh orang awam lalu anda harus berhati-hati dengan penggunaan bahasa serta kiriman karya anda.
Pada masa yang sama, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada para ibu bapa yang senantiasa memberi saya sokongan padu dalam melaksanakan tugas saya. Saya gembira apabila mendapat tahu anak anda kini lebih terangsang untuk melakukan yang terbaik. Moga impian mereka untuk mencapai keputusan cemerlang bagi peperiksaan PSLE akan menjadi satu realiti.
Sehingga kita berjumpa pada hari Isnin ini.
"Berfikirlah dahulu sebelum kamu bertindak. Bertindak tanpa berfikir tidak mendatangkan berfaedah"
("Think before you react. Reacting without thinking reaps no benefits)
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L
16 Mac 2008

2 comments:

kelasgerek said...

Cikgu Faizal,

Saya, ibu dan bapa kepada Rizuwan ingin mengucapkan Syabas kepada murid-murid anda yang telah menghantarkan karya mereka.

Saya sendiri telah berminat dan selalu melungsurinya untuk melihat karya-karya atau gambar-gambar yang baru.

Setakat ini, saya telah menolong Rizuwan untuk menhantarkan 3 Blog kesemuanya. Harap disukai teman-temannya diatas karyanya.

Akhir sekali, saya akan tetap menyokong Rizuwan dalam apa jua yang diminatinya. Dan saya amat gembira kerana "anak zaman sekarang" sudah bijak dan pintar untuk menghasilkan Blog karya mereka.

Saya akan mendoakan agar semuanya SUKSES dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga lulus dalam PSLE. Amin..

kelasgerek said...

Kepada ibu bapa Rizuwan,

Saya gembira setelah menerima komentar anda itu. Apatah lagi anda sendiri menyokong blog ini dengan sering melungsurinya. Saya percaya dengan sokongan padu anda, anak anda akan terus berjaya di dalam pelajarannya. Dia seorang murid yang bijak dan itu tidak dapat saya nafikan.

Sekali lagi, terima kasih di atas sokongan anda.

Ikhlas,

Cikgu 5Z@L