Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Wednesday, March 12, 2008

Hujan, Oh Hujan! (Episod 2)

Apa khabar semua? Saya harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Nampaknya musim hujan kini melanda Singapura. Tetapi saya suka dengan keadaan sebegini kerana cuaca senantiasa sejuk. Saya sering bersyukur untuk apa jua cuaca yang menemani saya. Dahulu ketika di bangku sekolah rendah, saya sering mengeluh (complain) apabila cuaca panas.

Akhirnya, guru Bahasa Ibunda saya ketika itu, Cikgu Tamrin Bin Tamsir memberitahu kami sekelas bahawa negara Afrika mempunyai cuaca yang tiada tandingannya. Saya membelek-belek (look through) buku mengenai Afrika dan alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati keadaan cuaca di negara Afrika lebih dahsyat daripada negara Singapura. Dahulu tidak ada Internet lalu kami sering pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat :)


Nyaman (cooling) rasanya apabila musim hujan melewati negara Singapura. Ada sesiapa yang tidak setuju dengan pendapat saya? Dahulu ketika saya masih kecil, saya sering merungut apabila ianya hujan kerana ia bermaksud saya tidak boleh keluar bermain bersama teman-teman di luar :( Saya sering berbasikal bersama kedua-dua adik kembar saya dan kami akan selalu berlumba. Tentulah saya yang menang...jangan marah :)


Anda juga boleh fikirkan apakah pengalaman yang paling menarik buat diri anda. Tentu seronok apabila anda terfikirkan pengalaman yang cukup mencuit hati.


Sehingga di sini sahaja.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L









No comments: