
Hai semua,
Apa khabar anda di sana? Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pelbagai pengalaman mereka di dalam blog ini.
Semasa berada di kedai makanan Long John Silver di Parkaway Parade, saya terserempak dengan Encik Amirulamin :) Dia begitu asyik dengan makanannya sehinggakan tidak nampak saya sungguhpun saya berada bersebelahannya :) Mujur dia dengar bila saya menegurnya.
Untuk murid-muridku yang lain, diharapkan anda sedang seronok bercuti. Pasa masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji kerja rumah anda terutama sekali karangan anda. Peribahasa juga penting.
Itu sahaja buat masa ini. Saya kini ingin mencari beg yang boleh saya bawa untuk ke Melaka. Saya akan berangkat pada tanggal 2 Jun dan pulang pada 4 Jun. Doakan agar semua murid-murid selamat pergi dan kembali.
Jaga diri anda, O.K? :)
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L