Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, April 26, 2008

Terima kasih

Hai semua! :)

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah menghantar pengalaman masing-masing untuk ujian lisan dan karangan. Dalam masa beberapa minggu anda akan sibuk menyiapkan diri anda untuk beberapa kertas peperiksaan. Berikan diri anda masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran anda. Ambillah rehat selama lebih kurang 10 minit selepas anda belajar selama 45 minit. Ini akan membuatkan minda anda lebih fokus selepas itu :)

Seandainya anda bosan, bacalah buku kegemaran anda dan ini juga dapat menenangkan fikiran anda juga. Mendengar muzik terutama sekali muzik genre (jenis) instumental turut memberikan kesan (effect) yang baik. Ketika berada di bangku sekolah dahulu, saya sering mendengar lagu-lagu untuk berehat apabila sedang mengulangkaji untuk peperiksaan. Pendek kata, lain orang, lain cita rasa :)

Sebelum saya mengundurkan diri, diharapkan hari Sabtu anda diluangkan bersama keluarga yang tercinta :)

Sekian buat masa ini.


p/s: Saya kini sedang mendengar lagu 'Semua Jadi Satu' dan 'Hilang'. Kedua-dua lagu ini merupakan lagu yang saya minati kini. Anda pula bagaimana? Hmm.... harap dapat berkongsi ya...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: