Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Saturday, April 19, 2008

Moga Berjaya

Hai, murid-muridku yang bijaksana

Esok, 21 April 2008, anda akan menduduki peperiksaan lisan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya dan moga anda berjaya hendaknya esok.

Lakukan yang terbaik dan gunakan segala pengetahuan yang telah dikongsi semasa kelas. Saya percaya anda tidak akan menghampakan saya dan gunakan detik ini untuk menunjukkan kepada semua bahawasanya anda mampu melakukannya.

Tidak lupa juga ucapan syabas saya kepada murid-murid yang menghadiri bengkel di Sekolah Menengah Bedok View. Sungguhpun anda harus mengorbankan hari Ahad anda, percayalah bahawa anda tidak akan menyesal :)

Kita akan bersua esok. Usah lupa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya ;)

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: