Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Monday, June 16, 2008

Salam sejahtera

Kota Edinburgh, Scotland


Salam sejahtera semua!

Terima kasih, Hakim kerana berkongsi pengalaman anda semasa anda bercuti :) Diharapkan yang lain akan lebih aktif setelah sekolah dibuka nanti. Saya faham bahawa anda semua sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Semalam, saya berkenalan dengan dua teman baharu yang berasal dari Edinburgh, Scotland. Nama mereka ialah Diana dan Rich. Mereka akan berada di sini selama beberapa minggu sebelum berangkat ke Melbourne, Australia untuk setahun. Saya berkesempatan untuk bersembang bersama mereka dan membawa mereka ke CompassPoint serta menaiki LRT. Pengalaman bersama mereka cukup menarik.

Minggu ini pula besar kemungkinan (possibility) saya akan membawa mereka bersiar-siar di Orchard Road dan tempat-tempat yang lain. Kedua-dua mereka peramah orangnya dan saya cukup senang berkawan dengan mereka.

Seandainya terdapat peluang pada hari Khamis ini, saya akan berkongsi dengan anda apa yang saya lakukan bersama mereka, O.K?

Sehingga berjumpa pada hari Khamis dan Jumaat.

Sekian.



Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: