Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Monday, March 31, 2008

peristiwa yang saya tidak dapat lupakan

peristiwa itu berlaku kepada saya pada tahun lepas! Masa itu apabila saya menunggang basikal GT(Stunt bike)turun dari bukit tinggi tetapi bukan tinggi sangat! Saya menunggang basikal itu dengan laju dan saya terpusing kekanan sangat sampai saya jatuh dengan teruk. sebaik kaki saya tidak patah(frectured)tetapi saya ok!

daripada anak muridmu
T@ufiq

Pengalaman saya yang tidak akan dilupakan

Hi kawan-kawan saya.Harap semua faham apa ini dicerita.Pengalaman ini terjadi dirumah saya. Saya masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Satu hari saya terjumpa satu orang(atau jin) dirumah dapur saya. Ia berwarna hitam tetapi saya boleh nampak kerana ia terdekat dengan saya. Saya ingat itu kakak saya yang hendak memeranjatkan saya. Saya pun berasa marah dan memarahi orang(atau jin)itu. Benda itu terus sembunyi. Saya pun masuk ke bilik kakak saya. Tiba-tiba ternampak kakak saya. Saya pun terperanjat dan berasa takut. Saya memceritakan kepada kakak saya, dia pun berasa takut.

Daripada

@/\/\!R H@/\/\2@H

Saturday, March 29, 2008

Pengalaman Darjah 1...




SEKOLAH RENDAH BEDOK VIEW

Hari pertama sekolah merupakan saat yang dipenuhi dengan debaran. Saya pergi ke sekolah bersama ibu saya. Sepanjang perjalanan saya, saya rasa sedih kerana akan berada di sekolah selama 6 jam! Ini agak lama jika dibandingkan dengan masa persekolahan di sekolah tadika PAP saya di blok 125 Bedok North Road ketika itu.

Saya dan ibu akan berjalan kaki untuk ke sekolah. Kami sering ditemani dengan teman saya iaitu Faris Bin Ahmad yang tinggal di blok bersebelahan. Walaupun kelas kami berlainan, kami tetap akrab (rapat). Perjalanan ke sekolah mengambil masa selama 15 minit. Pakaian seragam sekolah kami berwana putih dan hijau - baju putih dan seluar hijau :)

Setibanya di sekolah, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Mereka hanya boleh menunggu dan melihat dari luar. Dewan sekolah terletak di tingkat satu dan itu berkongsi ruang (space) dengan kantin kami. Wah, Sekolah Rendah Bedok View amat besar! Terdapat sebuah taman di tengah-tengah sekolah itu. Bau makanannya cukup menyelerakan dan saya terhidu masakan nasi lemak dari dewan ;)


GURU-GURU SAYA

Nama guru kelas saya ialah Cik Siti. Dia merupakan seorang guru yang amat garang tetapi penyayang pada masa yang sama. Dia mengajar kami Bahasa Inggeris dan Matematik. Guru Bahasa Melayu saya pula ialah Cikgu Habsah. Saya suka Cikgu Habsah kerana dia seorang guru yang baik hati. Dia sering menyuruh kami duduk di lantai dan baca bersama.


PINDAH SEKOLAH

Pada pertengahan tahun pula, kami sekeluarga berpindah ke Simei. Saya berpindah ke Sekolah Rendah Changkat yang amat berdekatan dengan blok saya iaitu blok 107. Saya hanya perlu berjalan kaki untuk ke sekolah. Teman saya, Faris, juga turut menukar sekolah bersama saya. Kali ini, kami berada di kelas yang sama (yahoo!) Sekolah Rendah Changkat merupakan sekolah rendah baru di kawasan estet perumahan Simei ketika itu. Ketika itu juga tidak ada pusat membeli-belah East Point, Hospital Besar Changi dan kondominium. Seringkali saya harus membantu ibu ke kedai dengan menaiki bas ke Tampines.

Namun saya berada di Sekolah Rendah Changkat untuk seketika sahaja kerana di kelas saya terdapat seorang budak nakal yang suka mengusik murid-murid lain. Guru pula tidak boleh mengajar. Teman baik saya, Faris tidak bernasib baik kerana jari jemarinya telah tersepit di antara dua meja - aduh!

Pada tahun 1989, saya kembali ke Sekolah Rendah Bedok View yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Bedok View. Saya kekal di sekolah itu sehinggalah 1993 apabila saya menduduki untuk peperiksaan PSLE saya :)

Pengalaman saya semasa berada di bangku sekolah rendah akan senantiasa tersemat di hati saya.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

WoW!

Apa khabar semua? Setelah sekian lama saya tidak menyertakan kiriman saya, kini saya kembali semula.

Semalam sekolah kami telah menganjurkan karnival yang cukup gah (hebat). Saya harap semua yang datang rasa seronok. Saya berkesempatan untuk pergi ke rumah hantu dan ia merupakan suatu pengalaman yang seronok. Saya berkesempatan untuk bersalaman dengan semua 'hantu' yang ada di sana. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan rumah hantu itu.

Terima kasih juga kepada semua yang telah membantu menjayakan karnival semalam. Segala usaha gigih anda akan kami kenang senantiasa. Saya juga terharu apabila bekas murid saya turut hadir untuk acara sekolah kami. Ternyata mereka tidak melupakan sekolah rendah mereka.

Sehingga di pertemuan yang lain; pastikan anda mendapatkan istirehat yang secukupnya.

Sekian.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Thursday, March 27, 2008

Pengalaman saya

Hello kawan dan Cikgu Faizal

Satu pengalaman saya ialah saya lihat Hari Kebangsaan dari rumah saya.

Setiap hari kebangsaan saya boleh lihat bunga api dari rumah saya dengan pemandangan yang lengkap. Dan ada dua blok yang selari dengan masing-masing membuat sebuah sempadan. Dan dari rumah saya saya ada pemandangan menyekat dengan helikopter Chinook dan pejuang jet F-16 kerana jalan laluan dari lapangan terbang Payar Lebar ke Marina Bay menerusi rumah saya.Gambar mesti enlarge sebelum boleh lihat.

Daripada,Amin

Pengalaman yang Ilyas tidak dapat lupakan!!!!!

ASSALAMMUALAIKUM CIKGU DAN KAWAN-KAWAN,

Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah apabila tulang kaki saya retak. Kejadian ini belaku pada tahun lepas. Masa itu,saya dalam perjalanan saya ke kelas melayu saya.Pada masa itu,saya hendak mencuba untuk melompat dan berduduk bersila. Tiba-tiba, apabila saya melompat dan hendak duduk, saya terdudukkan kaki kiri saya. Tulang kaki kiri saya retak. Saya mencuba untuk bangkit untuk ke kelas bahasa melayu saya tetapi kaki saya terlalu sakit.saya tidak putus asa lalu saya bangkit dan jalan dengan perlahan. Selepas bahasa melayu saya tamat, saya pun berjalan dengan perlahan.Tetapi, saya tidak dapat teruskan.Kaki saya terlalu sakit.Saya pun duduk di lantai.Beberapa minit kemudian,beberapa murid darjah enam menolong saya.Saya mengatakan bahawa saya hendak ke bilik rawatan. Dengan segera, mereka mengankat saya ke bilik rawatan itu. Satu daripada mereka pergi ke kelas saya dan memberitahu guru saya bahawa tulang saya retak.Kerani di bilik itu mengatakan bahawa saya harus segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sesampai di sana, jururawat itu X-ray kaki saya. Dia mengatakan bahawa kaki saya harus disimen. Apabila dirumah,saya betul-betul kecewa. Itulah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan.

SEKIAN,

WASALAMMUALAIKUM

Pengalaman