Salam semua!
Apa khabar anda semua? Diharapkan anda sihat sejahtera hendaknya.
Jika saya tidak silap, anda semua kini berada di menengah tiga.
Semoga tahun 2011 ini akan meninggalkan kenangan manis dan usah lupa untuk terus bekerja keras agar anda akan meraih kebaikannya di penghujungnya, ya.
Belajarlah dengan tekun dan ambil iktibar daripada semua kesilapan. Contoh yang baik harus disemaikan senantiasa.
Akhir kata, semoga berjaya . . .
Ikhlas,
Cikgu 5Z@L
Monday, March 21, 2011
Wednesday, September 8, 2010
Salam Eid Fitr 1431
Khusus buat semua pengunjung blog ini,
Saya ingin mengucapkan Salam Eid Fitr 1431. Ramadan telah meninggalkan kita dengan begitu cepat sekali dan masa seakan mencemburui kita semua.
Semoga sambutan tahun ini meninggalkan kenangan manis. Usah lupa pada mereka yang telah meninggalkan kita; lebihkan memberi daripada menerima.
Salam Eid Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
Salam Syawal,
Cikgu 5Z@L
Sunday, June 6, 2010
Slamat Jln Cikgu 5ZAL
Hi Kwn2 dan cikgu.
Kwn2, cikgu 5zal akan pergi ke tokyo pada 6 hingga 12 jun ini. ucap kan la slamat pergi dan slamat pulang pada cikgu 5zal.
Cikgu 5zal, slamat jin. slamat pergi dan slamat pulang. Jaga diri cikgu baik2 apabila di sana.

Sunday, May 30, 2010
Selamat Bercuti
Hai, semua!
Setelah sekian lama kita tidak bersua, akhirnya dapat juga saya membaca khabar dari beberapa teman kamu.
Diharapkan kamu semua akan memanfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tidak meraih keputusan yang tidak memuaskan, gunakanlah cuti sekolah ini untuk mengulang kaji pelajaran kamu.
Pada masa yang sama juga, gunakan masa lapang anda dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.
Sehingga ketemua pada lapangan yang lain. Selamat bercuti!

Thursday, May 27, 2010
Eaxm results saya
HI kwn2 dan cikgu.
Saya sudah dpt results saya.Ia tidak memuaskan kerana saya gagal satu subject iaitu geography saya..saya janji saya akan blajar dengan sungguh2 lagi dan pass semua subject saya untuk end of year exam.
Syed Ilyas

Monday, May 17, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Hmm betul2. Dah lama tak post... dan peperiksaan kami pun sudah habis. Hilang pun stress! Lagi pun nari hendak menonton Iron Man 2! Yaya!
@/\/\!R H@/\/\2@H
@/\/\!R H@/\/\2@H
Exam Sudah Habis
HUrraayyy
Exam sudah habis...Blog kami ini agak sunyi ya..sekarang exam kita semua sudah habis saya harap kamu semua boleh menghabiskan sedikit masa untuk menulis sesuatu di blog ini...

Tuesday, April 20, 2010
Selamat Hari Jadi
Hi semua,
Da lame eh kiter tk jumpe.. Saya di sini ingin mengucap kan kepada Cikgu 5zal kita Selamat Hari Jadi. Kita mendoa kan cikgu supaya cikgu sihat2 slalu,murah rezeki dan panjang umur. Kita juga ingin berterima kasih kepada cikgu kerana telah bersusah payah mengajar kita dahulu. Terima Kasih Cikgu dan SELAMAT HARI JADI.
Dari anak2 murid cikgu,
KELASGEREK.

Wednesday, March 10, 2010
Selamat Bercuti ;)
Hai semua,
Bagaimanakah dengan persekolahan anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai perkara sejauh ini. Usah lupa juga untuk mengimbangi masa dengan bijak, O.K.
Saya akan bercuti sambil belajar bersama murid-murid pada bulan Mac ini. Diharapkan anda semua akan menggunakan cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin.
Jaga diri dan juga kesihatan anda.
Pssst...Jangan asyik gunakan FB sahaja :P

Wednesday, March 3, 2010
Monday, March 1, 2010
Sunday, February 21, 2010
Ke Kuala Lumpur
Hi kwn-kwn..
Seperti yg telah saya janjikan, saya akan ceritakan tentang apa yg saya buat pada Tahun Baru Cina. Saya telah ke Kuala Lumpur. Kita sampai di hotel yg kami inap agak lewat. kita sampai pada pukul 8 malam. jadi apa bila kita sampai saja, kita pun rehat. hari kedua kita pergi membeli-belah dia Mid-Valley Megamall. Hari ketiga pula kita ke Genting Highland. Di sana saya tidak berpuas hati kerana di sana ada ramai sangat orang. cuaca nya pula sangat panas. sehinggakan saudara saya kena sunburn. selepas ke Genting, pada esok nya kita pulang ke Singapura.. itulah yang saya buat apabila saya di Kuala Lumpur.
Sehingga berjumpa di masa yg lain....

Friday, February 19, 2010
HELLO!!
Heylo kwn2!!
dah lama saya tidak post...hahaha!
saya tengah sibuk dengan band..hiaz....
saya mahu minta maaf kerana tidak dpt pergi ke sekolah
Telok Kurau Primary School...saya mahu pegi tetapi saya ada
band tiap2 jumaat...
itu sahaja..
BUHBYE!
$h!r!N=)

Monday, February 15, 2010
Sunday, February 14, 2010
Selamat Bercuti
Hai, semua!
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Moga anda memanfaatkan cuti panjang ini dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah dan meluangkan masa bersama teman-teman serta keluarga tersayang.
Sekian sahaja buat masa ini.

Thursday, February 11, 2010
Akan ke Kuala Lumpur
Hi kwn2...
Sudah lama kita tidak bersua .. saya sangat rindu pada kamu semua..Blog kami ini sangat sunyi. Saya ingin beritahu kamu semua jika tiada arang melintang, saya akan ke Kuala Lumpur bersama keluarga saya pada Tahun Baru Cina ini. Ia itu pada 13/2/2010 ini. saya akan ke sana selama 4 hari. insyallah saya pulang pada 16/2/2010.. selepas saya pulang dari Kuala Lumpur, jika ada masa, insyallah saya akan ceritakan pada kamu semua apa saya buat di sana..ini saja buat masa ini. Saya harap kamu semua dapat menceritakan apa yg kamu lakukan pada Tahun Baru Cina ini.
Hingga jumpa di masa lain.....

Saturday, January 2, 2010
Selamat Tahun Baharu 2010
Hai semua!
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2010 kepada anda semua. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya, ya.
Sehingga bersua di lain masa.

Thursday, December 10, 2009
Lawatan ke Amsterdam :)
Salam sejahtera semua!
Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan cuti sekolah anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai aktviti. Saya kini sedang bercuti di Amsterdam. Cuaca di sini amat dingin dan ditambah pula kadang-kala hujan. Namun saya memanfaatkan masa di sini dengan mengelilingi kota yang penuh dengan sejarah.
Harga barangan di sini ternyata agak mahal jika dibandingkan dengan di Singapura. Terdapat pelbagai jenis muzium di sini dan saya hanya meluangkan masa untuk 2 buah muzium sahaja memandangkan ada pelbagai tempat menarik yang lain. Kota Belanda ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Pelbagai ikon terkenal pernah menetap di sini antaranya termasuklah, pelukis Van Gogh, Rembrandt dan tidak lupa juga Anne Frank.
Jika anda tidak mengenali siapa itu Anne Frank, saya cadangkan anda membaca mengenainya. Saya masih ingat lagi ketika saya membaca tentangnya ketika saya berada di menengah 2 ;) Saya berkesempatan untuk melawat bekas rumah Anne Frank. Untuk maklumat selanjutnya, harap anda dapat membaca tentang beliau, O.K? :)
Saya telah melampirkan beberapa gambar ketika lawata saya di sini. Harap dapat bersua dalam masa yang terdekat. Untuk mereka yang menghantar SMS kepada saya, mohon maaf kerana tidak dapat membalasnya. Saya akan membalas mesej anda sekembali saya ke tanahair nanti.
Jaga diri anda dan moga berbahagia di samping keluarga yang tercinta.
Ikhlas dari Kota Amsterdam,
Cikgu 5Z@L
10 Disember 2009
Saturday, December 5, 2009
Selamat Bercuti
Hai semua!
Tahniah saya ucapkan kepada Imran dan Syed Ilyas di atas pencapaian anda. Saya harap murid-murid yang lain juga dapat berkongsi pengalaman serta keputusan kamu. Usah bimbang jika kamu tidak memperolehi markah yang diidamkan kerana saya pasti dengan usaha yang lebih gigih, kamu akan berjaya kelak.
Cuti sekolah ini pastinya ada pelbagai aktiviti di luar sana. Ada yang melancong, beriadah dan mengunjungi ahli keluarga. Saya lega sedikit kerana cuti sekolah sudah bermula. Jika tiada aral melintang, saya akan melancong esok, 6 Disember. Akhirnya, setelah merancang untuk seketika, saya dapat melawat benua Eropah. Kini musim sejuk dan saya ghairah sekali untuk mengunjungi beberapa negera di sana.
Saya akan cuba berkongsi pengalaman saya ketika berada di sana. Saya juga mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman cuti sekolah kamu dengan yang lain. Jika masa mengizinkan, kami boleh bersua bersama murid-murid Kelas Gerrek 2008 yang lain.
Akhir kata, jaga kesihatan anda dan moga anda terus bergembira bersama keluarga yang tercinta. Pastikan anda mulakan sesi ulangkaji anda secara berfasa pada cuti sekolah ini. Jangan lupa untuk terus bertanya jika anda tidak pasti, O.K.
Sehingga bersua lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)