Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, May 30, 2008

Kerja rumah...


Hai semua,


Apa khabar anda di sana? Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pelbagai pengalaman mereka di dalam blog ini.


Semasa berada di kedai makanan Long John Silver di Parkaway Parade, saya terserempak dengan Encik Amirulamin :) Dia begitu asyik dengan makanannya sehinggakan tidak nampak saya sungguhpun saya berada bersebelahannya :) Mujur dia dengar bila saya menegurnya.


Untuk murid-muridku yang lain, diharapkan anda sedang seronok bercuti. Pasa masa yang sama, jangan lupa untuk mengulangkaji kerja rumah anda terutama sekali karangan anda. Peribahasa juga penting.


Itu sahaja buat masa ini. Saya kini ingin mencari beg yang boleh saya bawa untuk ke Melaka. Saya akan berangkat pada tanggal 2 Jun dan pulang pada 4 Jun. Doakan agar semua murid-murid selamat pergi dan kembali.


Jaga diri anda, O.K? :)



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Pertanyaan

Hai, banyaknya homework ini.......................!!
.
.
Eh, sorry2!
.
.
Hello semua! Apa khabar semua??? Khabar baik ke atau khabar buruk?? Harap2 semua sihat! Kesian si Amir, seorang pula, dah tu, kesunyian! Saya, Hakim(class monitor), mahu memberi email saya iatu: mdnurhakim_abba@hotmail.com . Ini kerana sesiapa mahu tanya sembarang pertanyaan, bolehlah hantar email kepada saya yang telah dicatatkan.
Salah satunya ialah homework bahasa melayu^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Wassalam
Md nurhakim

Datuk abang saya sudah meninggal dunia.(27/5/08)

Datuk abang saya sudah meninggal dunia(27/5/08). Saya berasa sedih kerana dia tiada di dunia lagi ini. Insya allah dia pergi ke Syurga. Amin.

Daripada

@/\/\!R H@/\/\2@H

Thursday, May 29, 2008

Saya ade E-mail baru!!!

Hi kawan2 dan cikgu

Semonga sihat2 selalu. Blog ini hari semakin hari semakin sunyi. Janganlah kasi cikgu tutup blog ini.Saya ada E-mail baru. Jika sesiapa mahu email saya bolehlah email saya di syedilyas96@gmail.com (: ok, smpai di sini sahaja lah, saya mahu tidur sekarang, selamat belajar untuk peperiksaan PSLE.

Wednesday, May 28, 2008

Peristiwa 28 Mei 2008

Hai, semua!

Apa khabar anda di sana? Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Seperti mana yang telah dikatakan oleh Syed Ilyas, blog ini agak sepi terutama sekali sewaktu cuti sekolah ini. Saya mengalu-alukan kiriman anda di blog ini.

Sejak dua malam yang lalu, saya telah pergi ke Hospital Besar Changi kerana bapa saudara saya telah mengalami serangan jantung (heart attack). Beliau dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit sejurus beliau selesai memandu teksi. Tanpa diduga, beliau berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sepanjang dua malam, saya dan ibu melawatnya di hospital. Kami senantiasa memanjatkan doa agar beliau segera sembuh.

Namun, pada jam 2 pagi, 28 Mei, kami dikejutkan dengan berita yang agak sayu, iaitu, bapa saudara saya telah menghembuskan nafasnya pada saat itu. Berita ini agak mengejutkan ahli keluarga kami. Beliau meninggalkan kami semua lebih kurang satu jam setelah saya pulang dari hospital. Sungguhpun begitu, kami redha dengan pemergiannya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Melihat keadaannya di hospital, saya senantiasa mengingatkan diri saya untuk menjaga makan terutama sekali dengan pelbagai makanan yang sedia ada di luar sana. Selain pemakanan, senaman juga penting.

Sebelum saya mengakhiri kiriman saya ini, diharapkan anda senantiasa berada di dalam keadaan sihat wal a'fiat di samping keluarga yang tercinta.

Sekian buat saat ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Tuesday, May 27, 2008

Cerita Upin dan Ipin

Hi kawan -kawan dan cikgu

Sudah agak lama kita tidak bersembang. Tapi tak mengapa kerana kita akan berjumpa pada 19 Jun dan 20 Jun.Saya sekarang mahu berkongsi dengan kamu sebuah cerita. Nama ceritanya ialah "Upin Dan Ipin". Kisahnya ialah apabila dua orang budak lelaki nama Upin(abang) dan Ipin(adik).Jika kamu semua hendak tonton cerita ini, pergilah ke www.youtube.com dan tulis Upin dan Ipin.

Sekian,


Selamat Malam.

$YED !LY@$

Cerita Upin dan Ipin