Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, December 10, 2009

Lawatan ke Amsterdam :)

Hiasan bersempena dengan Hari Natal



Menjelang senja dan hujan mula turun sewaktu ingin berangkat pulang


Pemandangan di belakang hotel saya. Gambar yang menjadi pilihan saya!


Persekitaran di bandar dengan sistem pengangkutan tram



Hiasan Hari Natal di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam. Menarik nan bercahaya!



Persekitaran di bandar Amsterdam. Sejuk sekali!



Bangunan yang saya dapat lihat ketika dalam perjalanan ke bandar


Di hadapan bangunan yang beratus tahun lamanya :)



Brrrr....

Suasana pada waktu 4 petang :)



Sungguh indah...



Jalan raya berdekatan dengan hotel saya


Salam sejahtera semua!


Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan cuti sekolah anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai aktviti. Saya kini sedang bercuti di Amsterdam. Cuaca di sini amat dingin dan ditambah pula kadang-kala hujan. Namun saya memanfaatkan masa di sini dengan mengelilingi kota yang penuh dengan sejarah.


Harga barangan di sini ternyata agak mahal jika dibandingkan dengan di Singapura. Terdapat pelbagai jenis muzium di sini dan saya hanya meluangkan masa untuk 2 buah muzium sahaja memandangkan ada pelbagai tempat menarik yang lain. Kota Belanda ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Pelbagai ikon terkenal pernah menetap di sini antaranya termasuklah, pelukis Van Gogh, Rembrandt dan tidak lupa juga Anne Frank.


Jika anda tidak mengenali siapa itu Anne Frank, saya cadangkan anda membaca mengenainya. Saya masih ingat lagi ketika saya membaca tentangnya ketika saya berada di menengah 2 ;) Saya berkesempatan untuk melawat bekas rumah Anne Frank. Untuk maklumat selanjutnya, harap anda dapat membaca tentang beliau, O.K? :)


Saya telah melampirkan beberapa gambar ketika lawata saya di sini. Harap dapat bersua dalam masa yang terdekat. Untuk mereka yang menghantar SMS kepada saya, mohon maaf kerana tidak dapat membalasnya. Saya akan membalas mesej anda sekembali saya ke tanahair nanti.


Jaga diri anda dan moga berbahagia di samping keluarga yang tercinta.



Ikhlas dari Kota Amsterdam,

Cikgu 5Z@L
10 Disember 2009

Saturday, December 5, 2009

Selamat Bercuti

Hai semua!

Tahniah saya ucapkan kepada Imran dan Syed Ilyas di atas pencapaian anda. Saya harap murid-murid yang lain juga dapat berkongsi pengalaman serta keputusan kamu. Usah bimbang jika kamu tidak memperolehi markah yang diidamkan kerana saya pasti dengan usaha yang lebih gigih, kamu akan berjaya kelak.

Cuti sekolah ini pastinya ada pelbagai aktiviti di luar sana. Ada yang melancong, beriadah dan mengunjungi ahli keluarga. Saya lega sedikit kerana cuti sekolah sudah bermula. Jika tiada aral melintang, saya akan melancong esok, 6 Disember. Akhirnya, setelah merancang untuk seketika, saya dapat melawat benua Eropah. Kini musim sejuk dan saya ghairah sekali untuk mengunjungi beberapa negera di sana.

Saya akan cuba berkongsi pengalaman saya ketika berada di sana. Saya juga mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman cuti sekolah kamu dengan yang lain. Jika masa mengizinkan, kami boleh bersua bersama murid-murid Kelas Gerrek 2008 yang lain.

Akhir kata, jaga kesihatan anda dan moga anda terus bergembira bersama keluarga yang tercinta. Pastikan anda mulakan sesi ulangkaji anda secara berfasa pada cuti sekolah ini. Jangan lupa untuk terus bertanya jika anda tidak pasti, O.K.

Sehingga bersua lagi...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, November 18, 2009

Kepetusan Peperiksaan Akhir tahun

hi kawan-kawan dan cikgu faizal...(:

Semua sehat??saya harap semua sehat..Semua peperiksaan pass??saya harap semua pass...
saya amat gembira sangat dengan keputusan saya..saya dapat nombor 3 dalam class dan level position saya ialah 7..saya pass sume subject-subject saya..pada yang laen yang gagal,ingat jangan putus asa..

wasalam
Imran...

Monday, November 2, 2009

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Hi kawan-kawan,

Saya harap kamu semua dalam keadaan yang baik. Bagai mana dengan keputusan peperiksaan akhir tahun kamu semua? Bagus? Bagi saya, saya mendapat nombor enam dalam kelas. Saya pass semua subjek-subjek saya. Saya harap kamu semua pass semua subjek-subjek kamu.Saya rasa kelas kita tidak ada yang gagal kerana kita semua budak2 bijak. Jika ada yang gagal, jangan putus asa.

Wednesday, October 14, 2009

Exam Da Habis

HurraYYYYYY!!!!! Exam sudah habis.HI kawan-kawan. Agak sunyi ya blog kami ini. Saya rasa mungkin kami sebuk dengan kerja-kerja sekolah menengah kami. Tetapi, kebanyakan sekolah sudah habis exam mereka. Jadi saya rasa kita sekarang ada banyak masa. Saya nasihatkan kamu semua untuk menulis sesuatu di blog kami ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan 'Selamat Deepavali'
HEHEHEHE.....
Saya main-main saja.

Sehingga Jumpa di lain masa.

Friday, October 2, 2009

Hai semua!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Thursday, September 10, 2009

YEAH YEAH!

Bulan Ramadan Tiba Lagi...
Bulan Puasa Yang...
Membawa Hikmah dan Keinsafan....
Membersihkan Jiwa Orang Yang Bertakwa...

Semoga Semua Ahli Keluarga yang disayangi...
Sihat Sejahtera dan Selamat Mengerjakan Amalan Berpuasa...
Juga Kudoakan Buat Anda...
Agar Dapat Kita Berbuka Dengan Rezeki Yang Halal...

Tibalah Syawal Tanda Kemenangan...
Sempurnalah Segala Amalan...
Sehingga Pertemuan Sempena Lebaran...
Kunukilkan Ucapan " SELAMAT HARI RAYA AILILFITRI" Buat Anda Sekeluarga

"Warghh..... Banyak Buat Kueh. Tentu Sedapkan" Kite Tinggal Lagi Sembilan Hari Lagu untuk Beraya. YEAH YEAH YEAH YEAH..... Salam Aidilfitri, Semoga Bahagia Di Samping Keluarga.

Daripada: Md.Nurhakim