Salam sejahtera semua!
Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Bagaimana dengan cuti sekolah anda sejauh ini? Saya pasti anda telah melakukan pelbagai aktviti. Saya kini sedang bercuti di Amsterdam. Cuaca di sini amat dingin dan ditambah pula kadang-kala hujan. Namun saya memanfaatkan masa di sini dengan mengelilingi kota yang penuh dengan sejarah.
Harga barangan di sini ternyata agak mahal jika dibandingkan dengan di Singapura. Terdapat pelbagai jenis muzium di sini dan saya hanya meluangkan masa untuk 2 buah muzium sahaja memandangkan ada pelbagai tempat menarik yang lain. Kota Belanda ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik. Pelbagai ikon terkenal pernah menetap di sini antaranya termasuklah, pelukis Van Gogh, Rembrandt dan tidak lupa juga Anne Frank.
Jika anda tidak mengenali siapa itu Anne Frank, saya cadangkan anda membaca mengenainya. Saya masih ingat lagi ketika saya membaca tentangnya ketika saya berada di menengah 2 ;) Saya berkesempatan untuk melawat bekas rumah Anne Frank. Untuk maklumat selanjutnya, harap anda dapat membaca tentang beliau, O.K? :)
Saya telah melampirkan beberapa gambar ketika lawata saya di sini. Harap dapat bersua dalam masa yang terdekat. Untuk mereka yang menghantar SMS kepada saya, mohon maaf kerana tidak dapat membalasnya. Saya akan membalas mesej anda sekembali saya ke tanahair nanti.
Jaga diri anda dan moga berbahagia di samping keluarga yang tercinta.
Ikhlas dari Kota Amsterdam,
Cikgu 5Z@L
10 Disember 2009