Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Wednesday, December 10, 2008

Berkelah Bersama Kelas Gerek

Salam hormat semua!

Diharapkan anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Saya baru sahaja pulang dari bercuti. Seronok! :)

Pada masa yang sama, seperti mana yang dijanjikan, saya telah memilih tarikh 16 Disember 2008 (Selasa) untuk sama-sama kita berkumpul dan berkelah di pantai East Coast. Masanya ialah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Sebelum itu, kita akan berkumpul di Sekolah Rendah Telok Kurau pada jam 8:30 pagi.

Sila hubungi saya sekiranya ibu bapa atau waris anda memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Untuk teman-teman yang membaca blog ini, diharapkan anda boleh memberitahu teman anda mengenai aktiviti kelas, ya.

Saya akhiri dengan ribuan terima kasih dan jaga diri baik-baik semasa bercuti :)

Sekian.

p/s: Terima kasih, Shaqilah kerana membantu saya untuk memberitahu teman-teman yang lain melalui blog ini :)


Salam ikhlas,

Cikgu 5Z@L

No comments: