Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, July 31, 2008

SELAMAT MAJU JAYA!


Khas untuk murid-murid KELAS GEREK 2008


Saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada anda semua bersempena dengan peperiksaan PRELIM 2008. Lakukan yang terbaik dan pastikan anda senantiasa berfikiran POSITIF. Moga segala kerja keras anda berbaloi (worth the effort).


Seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan, harap anda BERTANYA kepada saya. Jangan pendamkan segala soalan anda di lubuk hati anda, o.k?


Sekian buat masa ini.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Monday, July 28, 2008

hari pertemuan terakhir

saya mahu pergi ke singapore science center untuk hari lahir.

(amin)

saya cintai singapura...

saya cintai singapura kerana singapura cantik,besar dan ada banyak makanan yang baik.
saya suka nasi goreng,nasi ayam,mi goreng,prata dan thosei.

(amin)

Thursday, July 24, 2008

TERIMA KASIH, KELAS GEREK


Hai semua!

Setelah sekian lama saya tidak menyertai blog ini, rasa rindu hendaknya. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda sekalian di atas segala sumbang saran anda mengenai aktiviti yang boleh kami lakukan secara bersama. Saya akan pertimbangkan segala idea yang telah anda berikan.

Kedua, anda telah menunjukkan bahawasanya anda murid-murid yang berdisiplin sewaktu Encik Sujimy memberi ceramah tadi. Diharapkan segala perkara yang telah dibincangkan tadi membawa manfaat kepada diri anda. Perkara yang paling penting dalam hidup ialah untuk memastikan anda tidak putus asa. Biarpun anda gagal sepuluh kali. Mungkin kali kesebelas anda akan meraih kejayaan yang cukup membanggakan.

Akhir sekali kepada murid 'misteri' yang telah menyumbangkan makna di sebalik komunisme, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kerana telah meluangkan masa untuk menaipkan isi kandung untuk teman-teman yang lain.

Nampaknya, masa mencemburui kita dan kita akan berpisah dalam masa beberapa bulan lagi. Jika anda tanya saya, saya memanglah akan merindui anda semua kerana setiap hari anda tidak lepas daripada memastikan saya mengukir senyuman dengan gelagat anda. Semua tindak tanduk saya di dalam kelas adalah untuk kebaikan anda. Usah lupa segala nasihat yang telah saya berikan kepada anda.

Sehingga di ruang yang lain, terima kasih kerana menjadi kelas yang GEREK!


Sekian.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Hari pertemuan terakhir

hello kawan-kawan dan Cikgu Faizal,
saya Imran.idea saya adalah pergi ke EAST COAST untuk
berbasikal dan bermain bola ke sembarang lah.

kawanmu
IMRAN

Wednesday, July 23, 2008

Hari pertemuan terakhir

Hello kawan-kawan dan cikgu Faizal! Idea saya adalah untuk pergi ke East Coast untuk.........BERPIKNIK!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan berbaiskal macam idea kawan saya..Ilyas! Saya masih ada bermacam-macam idea tetapi saya tidak tahu macam mana untuk eja perkataan-perkataan ini.

Kawanmu
@/\/\!R H@/\/\2@H

Monday, July 21, 2008

Hari pertemuan terakhir !!!

Hi kawan2 dan cikgu,

Sungguhpun ia sangat sedih di hari terakhir pertemuan kami,tetapi kita boleh bersua melalui blog kami. Idea saya ialah kami semua pergi ke EAST COAST PARK dan BERBASIKAL di sana kerana di blog kami, kegiatan yang paling ramai murid di kelas kami vote ialah BERBASIKAL. Nanti di sana, kami boleh menyewa BASIKAL. Ataupun kami pun boleh BERKELAH seperti apa yang dikatakan oleh HAKIM. Itulah IDEA saya.Dan saya harap cikgu tidak akan menutup blog ini sampai bila2 masa.

SEKIAN, jumpa lagi.

Daripada, Ilyas