Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Thursday, July 24, 2008

TERIMA KASIH, KELAS GEREK


Hai semua!

Setelah sekian lama saya tidak menyertai blog ini, rasa rindu hendaknya. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda sekalian di atas segala sumbang saran anda mengenai aktiviti yang boleh kami lakukan secara bersama. Saya akan pertimbangkan segala idea yang telah anda berikan.

Kedua, anda telah menunjukkan bahawasanya anda murid-murid yang berdisiplin sewaktu Encik Sujimy memberi ceramah tadi. Diharapkan segala perkara yang telah dibincangkan tadi membawa manfaat kepada diri anda. Perkara yang paling penting dalam hidup ialah untuk memastikan anda tidak putus asa. Biarpun anda gagal sepuluh kali. Mungkin kali kesebelas anda akan meraih kejayaan yang cukup membanggakan.

Akhir sekali kepada murid 'misteri' yang telah menyumbangkan makna di sebalik komunisme, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kerana telah meluangkan masa untuk menaipkan isi kandung untuk teman-teman yang lain.

Nampaknya, masa mencemburui kita dan kita akan berpisah dalam masa beberapa bulan lagi. Jika anda tanya saya, saya memanglah akan merindui anda semua kerana setiap hari anda tidak lepas daripada memastikan saya mengukir senyuman dengan gelagat anda. Semua tindak tanduk saya di dalam kelas adalah untuk kebaikan anda. Usah lupa segala nasihat yang telah saya berikan kepada anda.

Sehingga di ruang yang lain, terima kasih kerana menjadi kelas yang GEREK!


Sekian.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

No comments: