Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, February 6, 2009

Terima kasih, Shirin

Hai, semua!

Apa khabar anda di sana?

Saya harap anda semua sihat-sihat belaka. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Shirin kerana telah berkongsi bersama yang lain mengenai pengalaman beliau.

Saya bangga Shirin telah beredar dari tempat itu. Sebaiknya kita jauhkan diri kita daripada tabiat buruk seperti merokok. Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah membazirkan duit. Saya harap anda akan menjalani gaya hidup sihat :)

Pastikan anda terus menerangi blog ini, ya.

Sehingga bertemu lagi.


Ikhlas,

Cikgu
5Z@L

Saturday, January 31, 2009

Cerita $hirin...

Saya ada seorang kawan yang saya baru kenal.Saya lihat dari muka dia,dia macam baik gitu.abeh kita pun jadi kawan.dia dari sekolah grifit(tak tahu spell).berapa minggu nanti dia kata
Kawan saya:shirin kau isap rokok??
Shirin:tak, kenapa???kau isap rokok???
Kawan saya:ia.
Saya pun terperanjat.
Ade satu kali dia suruh saya teman dia untuk isap rokok.
saya kata saya kena balik.
itula cerita saya.ok lah bye!!!

$hirin

Thursday, January 22, 2009

Selamat Bercuti :)

Hai, semua!

Terima kasih Zuhairah dan Amirulamin di atas kiriman anda.

Saya ingin mengucapkan selamat bercuti sempena perayaan Hari Raya Cina. Pastikan anda meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta.

Usah lupa untuk mengulangkaji semasa bercuti nanti, ya.

Sehingga 'bersua' lagi di lelaman ini.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

hi

selamat sejahtera kawan saya dan cikgu Faizal maafkan saya saya tidak boleh datang...tetapi saya dapat sekolah manjusri

amin,
out

Saturday, January 17, 2009

Rindu cikgu dan teman2 saya...

Hi cikgu 5zal dan teman2...

cikgu dan teman-teman semua sihat...??

saya di sini sihat tapi stres dengan kerja sekolah...

hari ini saya sempat pergi ke blog kelas gerek...

hai......... sudah lama kita tidak berjumpa....

semalam saya pergi ke sekolah rendah telok kurau dan
di sekolah saya terjumpa shaqilah,taufiq ,illyas dan ramai lagi.....

saya harap kita sekelas dapat berjumpa lagi...

saya tidak akan lupakan avtiviti dan cara yang dilakukan
semasa kita mengadakan pelajaran melayu...



ok...itu saja....

~Nur zuhairah~

Thursday, January 8, 2009

Apa Khabar?

Hai semua!

Apa khabar anda semua? Diharapkan anda sihat-sihat hendaknya :) Anda tentu sibuk dengan kerja sekolah, kan?

Bagaimanakah pengalaman anda di sekolah menengah anda? Tentu seronok!

Harap anda dapat berkongsi apa yang berlaku sewaktu hari pertama anda, ya :)

Itu sahaja buat masa ini.

Jaga diri baik-baik dan sampaikan salam kepada ibu bapa anda.

Sekian.

Wasalam.


Salam ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Friday, January 2, 2009