Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Wednesday, April 9, 2008

Saya pergi jalan-jalan dengan keluarga saya :]






Hi Kawan-Kawan dan cigu faizal

8 April 2008 saya telah pergi makan dengan keluarga saya dan itu kereta saya brand honda fit lawakan

bapa saya kalau bosan selalu ajak kita keluar pergi makanlah jalan-jalan lah.Sangat atif ya bapa saya.Ada satu gembar saya pergi ke chagi makan nasi lemak lepas itu pergi berkemah di beach.tiba-taba saya ternampak seekor burung helang punye lah besah

abang sedaras saya pakai topi berwarna putih namanya johari shotform joe minat joker style kan . saya telah tunjuk kan gambar pelamin itu pelaminlah saya buat dengan sedara saya .sya dapat gaji $50 boleh beli kan cikgu honeystar hehehehehe ok saya nak main game ps2 saya bye

wassalam roslan



Selamat Maju Jaya!


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua. Diharapkan anda akan membuat yang terbaik untuk ujian latihan bahasa (2) esok, 10 April 2008.

Lakukan sebaik mungkin dan moga anda mengecapi kejayaan :)

Pada masa yang sama, negara Switzerland telah menjadi negara pilihan ramai untuk bercuti.

Psst: Saya turut mengundi untuk Switzerland. Yahuu! :P

Sehingga di ruang yang lain...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

P/S: Saya turut lampirkan gambar negara Switzerland :)

Tuesday, April 8, 2008

KAWAN RAPAT HAKIM! b5Ajtplrs5w/R_xQRaGQeDI/


Kawan yang saya rapat ialah Ilyas(Pelawak), Amir Hamzah(Pelawak), Ali(Peramah), Danial(peramah), Taufiq(Pelawak),Imran(Peramah),Roslan(Pelawak) dan Rizuwan(Pelawak)

Daripada,
Hakim

Monday, April 7, 2008

kawan yang saya suka

Kawan saya yang saya suka ialah Taufiq. Saya suka dia kerana dia kawan yang baik dan suka bermain dengan teman.

Amin,signing off!

Saturday, April 5, 2008

April

Hai semua!

Bulan April sudahpun mengujungi kita buat masa ini. Pada masa yang sama, saat mendebarkan untuk peperiksaan PSLE kian menghampiri semua murid-murid darjah 6. Seperti mana yang saya telah bincangkan bersama anda semua, hadapilah saat-saat ini dengan penuh tabah serta fikiran yang terbuka.

Pastikan anda menggunakan masa ini untuk bertanyakan segala soalan yang bermain di fikiran anda. Guru anda akan sedia membantu anda seandainya anda menghadapi sebarang masalah.

Ulangkaji dengan secara konsisten setiap hari dan anda pasti akan berjaya. Membaca buku dan suratkhabar akan membaiki ilmu pengetahuan (general knowledge) anda.

Itu sahaja buat masa ini. Sehingga di ruang yang lain...


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Wednesday, April 2, 2008

SYABAS!

Syabas, saya ucapkan kepada para pelakon yang telah bersungguh-sungguh melakonkan watak masing-masing. Sungguhpun anda kesuntukan masa, anda telah melakukan yang terbaik. Yang pasti, anda telah menghafal dialog anda. Syabas sekali lagi!

Akhirnya, segala penat lelah anda berhasil. Semua kelas telah melakukan yang terbaik dan menggunakan pelbagai idea-idea yang kreatif.

Saya amat berharap teman-teman kita yang lain akan menyertai sebarang persembahan di masa hadapan.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menolong untuk menjayakan pementasan drama bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu 2008.


Ikhlas,

Cikgu 5Z@L

Terima kasih kepada:
Shirin, Ilyas, Zaki, Imran, Zuhairah, Rudy, Suhaila, Ali, Roslan dan Shaqilah.