Selamat Datang Ke Lelaman Kelas Gerek 2009

Lelaman ini ditujukan khas buat murid-murid Kelas Gerek 2008.

Kesmuanya ada 22 orang yang mempunya keunikan yang tersendiri.

Diharapkan dapat bersua lagi...

Friday, July 11, 2008

Saya Mencintai SINGAPURA!!!



Hi kawan-kawan dan cikgu,

Saya mencintai singapura kerana ia bersih dan pertahanannya sangat kuat. Estate perumahannya pun agak selesa.Saya ada beberapa gambar Negeri Singapura.
@m!r

Wednesday, July 9, 2008

SaYa CiNtAi SiNgApUrA KeRaNa________

Saya cintai singapura kerana ia bersih,cantik dan selamat.

Orang-orang di singapura pasti suka berada di singapura.

Walaupun singapura negara itu kecil,saya masih mahu tinggal di singapura!!!



$h!r!n

Saya mencintai Singapura kerana...


Saya mencintai Singapura kerana pulau ini merupakan salah sebuah negara yang pesat berkembang (fast-paced development) di dunia ini. Singapura juga merupakan kebanggaan ramai kerana di sinilah terdapatnya penerbangan yang terunggul di dunia iaitu Syarikat Penerbangan Singapura (SIA).


Singapura juga...


(1) Selamat


(2) Bersih


(3) Aman


Diharapkan Singapura akan maju dan rakyatnya hidup dalam suasana aman dan damai.



Ikhlas,


Cikgu 5Z@L

Saya mencintai Singapura kerana ......(Raihan)

Saya mencintai Singapura kerana ada banyak bangunan menarik dan cantik seperti Esplanade. saya juga suka singapura kerana ia mempunyai rakyat-rakyat yang baik dan security yang tak boleh diputus.



kenapa saya suka negaraku.Saya suka Singapura kerana sini sangat selamat.penjagaan di sini amat ketat.Pekerjaan di sini juga amat bagus.Sekolah di singapura amat cantik ada banyak pelajaran.










daripada,T@ufiq


Mengapa Hakim suka Singapura???

Gambar ini menunjukkan sebuah gambar"arka(statue)merlion" sedang mempancutkan air dari mulutnya..`
......................................................................................................................
Singapura adalah sebuah pulau yang mengandungi ramai orang yang berbagai bangsa iaitu: Melayu, India, Cina dan European influences.... Di Singapura, keselamatannya sangat ketat sekali berbanding kepada negeri yang lain. Ia pun terdapat banyak pencakar langit yang agat tinggi. Memang hebat sekali.. Singapuralah ialah tempat yang bagus di dunia dan dinamakan tempat pertama kata di dalam sejarah kita...
Ok! Itu sahaja... Bye
Daripada: Hakim . 6 Love

Wednesday, July 2, 2008

Kamu tidak ada ALASAN pun untuk meninggalkan solat kamu.






Hi semua,
Saya hendak berkongsi dengan kamu semua bahawa kita tidak ada alasan pun untuk meninggalkan solat kami.walaupun kita berada di mana-mana. Saya ada beberapa gambar yang saya dapat dari ayah saya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang mengabaikan akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun...' Lalu ! sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada, sentiasa menumpuk harta untuk kepuasannya sendiri.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan mulia.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg PELIT ? Orang yg PELIT ialah org yg membiarkan atau membuang email ini begitu saja? ya.